Ketampanan putera kesayangann Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Putera Abdul Mateen sentiasa menjadi sebutan netizen.
Ditambah pula dengan status bujang dimilikinya, ramai gadis di luar sana yang memasang angan-angan menjadi suri dalam hidup putera raja Brunei ini.
Baru-baru ini, seorang netizen berjaya menemui beberapa keping gambar wanita yang dikatakan sedang berpacaran dengan putera kacak itu.
Nampak sepadan bukan?
Gambar-gambar di bawah ini juga membuatkan ramai wanita di luar sana patah hati nampaknya.
Difahamkan, gambar ini diambil di salah sebuah lokasi yang terletak di Dubai. Memang cantik kan?
Wanita jelita bernama Anisha Isa-Kalebic ini dilaporkan merupakan cucu kepada individu berpengaruh di Brunei. Tinggal di Bath, United Kingdom, Anisha yang jelita ni juga sering melancong.
Memang cantik orangnya…pendek kata, sesuai betul dengan Putera Mateen. Bagai dipinang belah dua tau!
Namun begitu, netizen di Twitter memaklumkan wanita ini merupakan sepupu jauh atau family friend kepada Mateen.
Hurm…mungkin tweet di atas bakal menggembirakan hati gadis-gadis di luar sana balik. Sepupu mungkin?
Ala girls, jangan lah sedih…kumbang bukan seekor kan?