Hiburan By: Syafiqa Irdina January 14, 2020 @ 9:53am

Haziq Hussni Tak Gentar Di Overshadow Pada AJL34?

Pengacara dan penyampai radio popular, Haziq Hussni, 29 dikatakan tidak takut sekiranya di “overshadow” ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke-34 nanti. Betul ke?

Pengumuman telah pun dibuat ketika sidang media AJL-34 pada Khamis yang lalu apabila, anugerah yang penuh gemilang itu bakal menyaksikan gandingan Haziq bersama Awal Ashaari dan Sherry Al-Hadad sebagai pengacara yang bakal menyerikan malam AJL34 nanti. 

 

 

Haziq yang ditemui ketika sidang media berkata, dia banyak belajar melalui video AJL tahun sebelumnya yang dikendalikan oleh orang lama seperti Faizal Ismail, Azwan Ali dan AG supaya dirinya tidak kelihatan canggung apabila mengacarakan malam anugerah itu secara bertiga.

“Mengacarakan secara bertiga, saya banyak lihat video AJL yang dahulu. Jadi, sebagai pengacara dari situ juga banyak belajar cara nak cover, belajar cara nak masuk, supaya tidak nampak rude atau terlalu diam. Jadi, untuk malam anugerah nanti, saya taknak lah melebih-lebih atau terkurang. Thats why perlu study mereka ni macam mana.

Kadang-kadang kalau bertiga diorang berdua je, kita dibiarkan, kita kena masuk lah. Keluarkan air mata sikit. Dari situ juga banyak belajar kawal crowd. Ini adalah medan untuk saya belajar sebenarnya,” ujar Haziq kepada Xtra.

Tambah pemilik nama Muhammad Haziq Irfan bin Mohd Hussni ini,  dia sedang cuba mengambil inisiatif untuk mengurangkan berat badan dan berlatih mengekalkan stamina untuk malam anugerah nanti.

Dalam perkembangan lain, penyampai radio Hot FM itu baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah bersama isterinya, Ayunda Putri Mekarsari.

AJL34 tahun ini akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada 9 Februari dan bakal menyaksikan 12 finalis berentap bagi meraih gelaran juara.

Apa-apapun, semoga gandingan orang lama dan baharu ini akan menyerikan lagi malam AJL34 nanti. Sama-sama kita tunggu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Feb 2024
Featured Thu, 8 Dec 2022
Events Fri, 19 Oct 2018
Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Sun, 19 Feb 2023
Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan Sherry Ibrahim

Ish ish, tak baik tau korang tuduh Sherry bukan-bukan. Semua original ok…