Hiburan By: SGMS Faida April 21, 2019 @ 1:48pm

‘ Ia Tindakan Tak Masuk Akal’- Isteri Allahyarham Saleem Kecewa Dengan Syarikat Rakaman

Isteri Allahyarham Saleem, Julia Bachok terkilan dengan sebuah syarikat rakaman yang menerbitkan album kompilasi lagu tanpa keizinan seminggu selepas pemergian arwah.

Julia atau nama sebenarnya Juriah Bachok mengaku marah dengan tindakan pihak berkenaan yang dilihat tidak menghormati keluarga Allahyarham.

“ Saya terkilan dengan syarikat rakaman berkenaan yang boleh membuat duit dengan hasil lagu-lagu arwah tanpa meminta izin.

“ Secara logiknya, ia sesuatu tindakan yang tidak masuk akal. Allahyarham baru sahaja meninggal dunia ketika itu, bagaimana anda boleh bertindak demikian? Sekurang-kurangnya beritahu saya dahulu,” katanya ketika ditemui di sidang media Showcase Supernova of The Legendary, di House G Tower, baru-baru ini.

Difahamkan, syarikat berkenaan menerbitkan sebuah album kompilasi menggabungkan arwah suaminya dan Syafiq Farhain tanpa kebenaran pada Oktober lalu.

“ Apa salahnya mereka minta kebenaran terlebih dahulu? Jadi, saya buat laporan polis dan merujuk kepada pakar perundangan. Bagaimanapun, isu itu dapat diselesaikan dengan baik atas nasihat peguam,” katanya.

Sebuah persembahan istimewa memperingati lagu-lagu Allahyarham yang menggabungkan barisan penyanyi popular di Showcase Supernova of The Legendary dijangka diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Antara artis yang akan terbabit sama dalam showcase bakal diadakan selepas Aidilfitri nanti ialah Syamel, Haqiem Rusli, Tam Spider, Irwan Ahmad, Uchop Ahmad, Nas Kilauan Emas, Syafiq Farhain dan Amirul Saleem. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Featured Thu, 7 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau. “Dalam tempoh beberapa hari […]

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Featured Mon, 22 Aug 2022
Featured Thu, 9 Dec 2021

“Tragedi Cotton Bud” – Telinga Bernanah, Bunyi Letup-Letup Berpunca Dari Putik Kapas

Video seorang gadis yang mengalami sakit telinga melampau mendapat perhatian pengguna aplikasi TikTok. Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna bernama @faridaharshad, gadis itu menjelaskan pada awalnya dia menyangka air yang keluar dari telinga adalah air […]