Hiburan By: SGMS Faida October 22, 2019 @ 8:00pm

Ibarat Keluarga…Repvblik Kongsi Tips Kekal Bertahan

Cukup popular dengan lagu Sandiwara Cinta, kumpulan Repvblik ternyata mempunyai rahsia tersendiri untuk kekal bersama selama 12 tahun.

Vokalis band terkenal asal Bogor, Indonesia, Ruri mengaku banyak perkara yang perlu dikorbankan bagi memastikan anggota kumpulan tidak berpecah.

“Kami ibarat sebuah keluarga. Tipulah kalau kami tidak pernah bergaduh cuma tidak berpanjangan.

“Kunci untuk terus bertahan, ego harus dibuang jauh. Komunikasi harus setiap hari dan kami juga sering bertemu. Cuma seiring usia, kami semakin matang dan masing-masing sudah memahami antara satu sama lain,” ujar Ruri.

Akui Ruri, dia dan anggota kumpulan lain tidak sesekali berkongsi atau membawa masalah dalaman sehingga ke media sosial.

“Cukup di antara kami sahaja tahu apa yang berlaku dan penyelesaiannya biar kami sahaja yang selesaikan. Paling penting, perbincangan mengenai hal-hal berkaitan kerja dan pelan masa depan kumpulan itu perlu sentiasa ada.

“Jadi paling utama, tolak ego dan sering berbincang setiap kali ada masalah. Itu yang kami amalkan untuk bertahan sebagai ahli kumpulan,” katanya kepada Xtra.

Kumpulan yang baru sahaja melancarkan lagu Aku Takut kini berada di Malaysia bagi mempromosikan konsert akan datang yang berlansung tidak lama lagi.

Mereka bakal beraksi di konsert Repvblik & Friends Malaysia Tour 2019 pada 18 Oktober ini.

Dalam masa sama, konsert anjuran A Loud Nation ini juga membariskan penyanyi Indonesia, Andmesh dan kumpulan Floor 88.

Bukan hanya di satu lokasi sahaja, Repvblik & Friends akan ke Johor Bahru pada 20 Disember seterusnya Sabah pada 22 Disember 2019.

Layari www.myticket.asia atau hubungi 03- 8605 0195 untuk pembelian tiket.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Selebriti Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Wed, 29 Sep 2021

Biarpun ‘Terlukis Indah’ Viral di TikTok, Rizky Febian & Ziva Magnolya Berhadapan Dengan Ujian Tersendiri

Lagu duet Terlukis Indah nyanyian penyanyi Indonesia, Rizky Febian dan Ziva Magnolya mendapat perhatian ramai pihak, terutamanya penggemar muzik nusantara. Lagu ciptaan Rizky sendiri ini dilancarkan sekitar Julai lalu itu menjadi viral serta sering digunakan […]

Featured Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Sun, 3 Dec 2023