Ibu kepada penyanyi, Mawi, Ramlah Sarlan meninggal dunia pada malam tadi.
Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.
“Salam takziah diucapkan kepada keluarga @cahayaasmawi atas kehilangan emak tercinta yang telah kembali kerahmatullah Maghrib tadi.
“Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan ibunya.
Al- Fatihah…