Kalau sebelum ni Xtra ada kongsikan kepada korang tentang Kembara Muslim sekitar Perth bersama pelakon cantik ber-eyebrow tebal, siapa lagi kalau bukan Elfira Loy! Tapi kali ni, kita nak korang semua tahu, sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik atau tempat-tempat yang underrated yang korang patut try bila berada di Perth! Barulah lain sikit daripada orang lain!

Apa yang best untuk diterokai di Perth?

Sumber : Instagram @haleynarvaez

Siapa kata, kat Perth je cuma ada Kangaroo, Fremantle Markets ataupun Fish N Chips yang sedap? Sebenarnya korang kena banyak buat research tentang negara Muslim Friendly ni, sebab ada banyak tempat menarik dan rare untuk korang abadikan dalam instagram mahupun memori korang! Sure ada yang jealous nanti! Jom kita check it out tempat-tempat insta-worthy untuk korang semua!

  1. Nikmati Keindahan The Valley Of The Giants

Bagi korang yang sukakan ketenangan dan mencintai alam flora dan fauna, mungkin ini adalah tempat insta-worthy dimana korang sendiri boleh keluar dari kesibukan kota dan menerokai sendiri alam semulajadi. Nikmati sendiri pengalaman dan keindahan The Valley Of The Giants yang terletak 400 kilometer perjalanan dari Perth iaitu berhampiran bandar Walpole di barat daya Australia!

So, jangan lepaskan peluang korang berdiri dibawah pokok-pokok tingle merah yang besar! Oh ya, korang juga boleh lakukan Tree Top Walk dan menerokai kanopi hutan tingle yang indah. Inilah masanya, korang ambil gambar dan upload terus di instagram korang ya! Mungkin korang boleh guna skill  sama macam dalam gambar ni!

Sumber : Instagram @traveladdictsuk

     2. Cipta Kenangan Baru Dengan Road Trip Sepanjang Cable Beach

Sumber : Instagram @sguthauser

Korang yang sukakan momen indah seperti melihat matahari terbenam, inilah tempat yang paling recommended untuk korang abadikan bersama keluarga, BFF, ataupun pasangan korang. Sweet momen gitu! 

Oh ya! Korang juga boleh rasai pengalaman menunggang unta bertemankan suasana sunset hanya di Cabel Beach! Tengok ni, superb kan? 

Jadi apa tunggu lagi, ini pastinya pengalaman yang cukup mengkagumkan buat korang untuk dikongsi bersama rakan-rakan nanti!

     3. Abadikan Momen Manis Melihat Sunset Di Elizabeth Quay

Setelah puas menerokai alam semulajadi dan pemandangan matahari terbenam sebagai salah satu spot insta-worthy korang, apa kata sudilah kiranya berkunjung ke Elizabeth Quay kerana ia adalah tempat yang sesuai untuk bersiar-siar dan bersantai sambil menikmati pemandangan dermaga yang dikelilingi oleh pencakar langit yang tinggi. Tengok macam gambar Syera ni!

Selain itu, terdapat beberapa rekaan patung yang menarik yang akan menyempurnakan lagi pemandangan gambar  instagram korang nanti! 

Opss! Disini juga terdapat Menara Loceng iaitu salah satu alat muzik yang terbesar di Bumi! Wow! Dan ini, adalah tempat yang cukup perfect untuk korang abadikan memori manis dalam instagram korang dengan berlatarbelakangkan alat muzik ini! So, apa tunggu lagi!

     4. Ambil Gambar dengan background rare untuk Instagram Korang Apabila Berkunjung Ke Wave Rock

Background gambar korang terlalu cliche? Ini pastinya sesuatu yang rare bila korang dapat ambil gambar disini.

Sumber : Instagram @nikkinrmn

 

 
 
 
View this post on Instagram

🇦🇺 #waverock

A post shared by Pro Athlete Benni Grams (@benni_grams) on

Wow! Amacam, cantik tak pemandangan di Wave Rock ni? Walaupun ianya hanyalah sebuah batu, namun tahukah korang sebenarnya Wave Rock ni terjadi hasil formasi batuan alami di Australia yang berbentuk seperti  gelombang ombak di laut. Dan, Wave Rock ini juga memiliki ketinggian 46 kaki tau! Cool kan?
 
     5.Ambil gambar di selfie spot Hanya Di Perth Wolf Lane! 

Wolf Lane adalah salah satu daripada rahsia terbaik Perth! Korang boleh berjalan-jalan sambil menikmati jalanjalan yang dipenuhi dengan koleksi dari Granny May dan kecintaannya serta pengembaraan hidupnya.Wow! Rupanya banyak juga rahsia disebalik Wolf Lane ni kan?

Selain Wolf Lane, Perth Cultural Centre juga antara tempat yang menjadi tarikan pelancong dan pengunjung berkumpul.

 

Sumber : Instagram @ronnicolerun

 
Bagi sesiapa yang suka mempelajari seni budaya sesuatu kaum, ini adalah tempat yang paling sesuai untuk korang! Nak tahu kenapa? Di sini, seni, budaya, pengetahuan dan komuniti berkumpul menjadi satu. 
 
Perth Cultural Centre, adalah pusat kebudayaan dimana pengunjung yang datang boleh menikmati pancaran matahari, sambil-sambil tu dapat belajar tentang cara-cara berkebun dan banyak lagi! Sesuailah dengan kedudukan nya yang betul-betul terletak terletak di tengah bandar Perth dan  juga James Street Mall. Oh ya, banyak juga tempat menarik untuk korang jadikan port mengambil gambar.
 
Tengok ni!
 

Sumber : Instagram @Semprevoyager

  
 
      6. Nikmati Pengalaman Bermesra Bersama Kangroo Secara Dekat
 

Sumber : Instagram @fantastic.australia

 
Adalah sesuatu yang di tunggu-tunggu buat semua pengunjung di Perth! Haa, nak tahu kenapa? Jom kita tengok apa yang menarik di Lucky Bay ini!
 
Perjalanan sejauh 45 minit dari Esperance akan membawa korang ke Lucky Bay yang terletak di Taman Negara Cape Le Grande. Di sini, korang akan menemui apa itu syurga di dunia! Mana taknya, Lucky Bay akan menyajikan korang dengan  pesisir pantai sejauh 5 kilometer yang memutih, tenang, dan semestinya menakjubkan! 
 
 

Sumber : Instagram @fantastic.australia

 
Apalagi, korang jangan lepaskan peluang untuk selfie bersama Kangaroo yang cukup comel ni tau!
 
Puas berjalan dan mengambil gambar untuk tatapan followers masing-masing? Apa kata, kali ni Xtra bawakan kepada korang senarai tempat-tempat adventure pula yang korang boleh masukkan dalam list percutian nanti! Let’s check this out!
 
     1. Mari Berkayak Dan Rasai Pengalaman Penuh Mencabar!
 

Sumber : Instagram @rivergodkayakadventure

 
Siapa agaknya yang tak suka merasai pengalaman yang mencabar lebih-lagi ianya melibatkan aktiviti air. Kali ni, kami nak bawa korang ke Rivergod Kayak Adventure untuk rasai sendiri pengalaman menikmati suasana alam semula jadi bertemankan hidupan laut seperti singa laut dan banyak lagi! 
 
Dapat lihat dengan mata kepala sendiri? Ini pastinya pengalaman once in a life time korang
Sambil-sambil tu bolehlah korang beramah mesra dengan singa laut kan? 
 
Next,
 
Haa, selalunya korang dengar pengalaman melihat ikan lumba-lumba melompat di permukaan air kan? Kali ni, korang kena cuba tengok ikan paus muncul dipermukaan air diantara bulan Mei hingga November dengan menaiki safety boat.  
Ikan paus ni akan muncul di sepanjang pantai Timur dan Barat Australia. Wah, semestinya ia akan meninggalkan pengalaman yang cukup manis terutamanya kepada mereka si pencinta hidupan air. Korang juga boleh berenang bersama anjing laut ye! Opss, bagi mereka yang lebih ekstrim, apa kata korang menyelam bersama buaya!
 
     2. Lihat Sendiri  Ikan Lumba-Lumba Di Depan Mata! 
 

Sumber : Rockingham Wild Encounters

 
 Ini mungkin pengalaman yang tidak dapat dilupakan! Walaupun sama seperti Rivergod Kayak, namun di Rockingham Wild Encounters, korang boleh menikmati pengalaman berenang bersama ikan lumba-lumba!
 
Hanya 45 minit di selatan Perth, Rivergod Wild Encounters menyediakan perkhidmatan feri ke Penguin Island dan pelbagai lagi pelayaran eco untuk pengunjung melawat spesis hidupan liar sambil merakamkan pemandangan indah di Taman Laut Shoalwater Islands. Tak sabarnya nak  jumpa dolphin!
 

Sumber : Instagram @rockinghamwild

     3. Jom! Beriadah Dengan Sand Boarding

Pastinya tidak lengkap datang ke Perth kalau korang tak jejakkan kaki ke Lancelin! Hanya terletak sejauh 1 jam setengah apabila memandu ke utara Perth. Disini korang boleh beriadah bersama BFF korang ataupun family korang!

Nak ambil gambar pun boleh? Sebab, aktiviti sand boarding ni memang terkenal sekiranya korang datang berkunjung ke Perth! Seronok ke tu kak?

 So, ini lah dia sedikit sebanyak tempat underrated yang korang boleh terokai sekiranya datang berkunjung ke Perth! Atau korang boleh masukkan siap-siap dalam list percutian korang nanti okay! 

Bagi korang yang dah memilih untuk datang kesini,jangan risau kerana AirAsia menyediakan penerbangan ke Perth setiap hari. Jadi, korang bolehlah booking tiket bila-bila masa je!

Yang penting, harga tiket serendah RM299 okay! Tempahlah pakej percutian selama 4 hari 3 malam termasuk penerbangan, hotel dan tax bermula RM1,399/ pax di airasia.com 

Dan, untuk penerbangan yang lebih selesa dan eksklusif, korang juga boleh menempah Premium Flatbed tanpa sebarang harga premium dengan hanya RM1,190 dengan kelebihan seperti makanan dan minuman percuma,  elaun 40 kg bagi bagasi penumpang, Premium Red Lounge Akses, hiburan Xcite Inflight, dan keutamaan akan diberikan bagi daftar masuk dan pelepasan. Wow!

Untuk info lebih lanjut, korang bolehlah layari laman sosial AirAsia menerusi Facebook, Twitter dan Instagram menerusi hashtag #VacaywithAirAsiaX #westernaustralia #justanotherdayinWA atau log in ke www.airasia.com