Hiburan By: SGMS Faida January 26, 2020 @ 6:00pm

Isteri Dakwa PU Abu Curang…Rumah Tangga Bergolak Lagi?

Gara-gara status yang dimuatnaik oleh isterinya, PU Abu didakwa curang lagi,

Namun begitu, PU Abu menafikan hal itu dan bakal menjelaskan dalam masa beberapa hari lagi.

“Apa yang tular adalah spekulasi semata-mata dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar. Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang,” katanya.

PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi menerusi status dimuatnaik di Instagram memberitahu dia kini bertugas di Makkah. 

“Assalamualaikum dan salam tabaiyyun. Saya mengambil maklum berhubung berita yang tular semalam membabitkan diri saya dan isteri.

“Saya kini berada dan bertugas di Makkah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. Insya Allah, saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita itu.

“Harap rakan media boleh bersabar. Tetapi hakikat yang sebenarnya, hal yang membabitkan kecurangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham,” katanya.

Terdahulu, isterinya Hana Azraa memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Hana mendakwa wanita itu dipercayai kekasih hati suaminya yang baru.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Walaubagaimanapun, status itu dipadam tidak lama kemudian.

Pasangan itu berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

Sebelum ini, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bertindak menceraikan isteri pertamanya, Ain ‘Afini selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Mon, 26 Mar 2018

Sah! Uber Kini Milik Grab

Di bawah perjanjian itu, Grab akan memperoleh semua operasi Uber di kawasan yang mempunyai seramai 620 juta orang, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan UberEats.

familuv Wed, 15 Jun 2022
Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Featured Thu, 28 Oct 2021

Kerana Cinta, Puteri Jepun Lepaskan Takhta Gelaran Kahwini Rakyat Biasa

Kerabat diraja Jepun, Puteri Mako akhirnya berkahwin dengan kekasihnya sejak dari zaman remaja, Kei Komuro sekaligus melepaskan gelarannya. Kedua-duanya yang berumur 30 tahun memilih untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan tradisional diraja malah menolak wang 1.3 […]