Hiburan By: SGMS Faida November 19, 2018 @ 12:56pm

‘Jangan Tunggu Lama-Lama’, Pesanan Bekas Suami Fasha Sandha Curi Tumpuan

Bekas suami kepada Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai sempat menitipkan pesan kepada bekas isterinya yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aidil Aziz, semalam.

Kata Rizal, dia mendoakan ikatan pertunangan itu mengecapi kebahagiaan hingga ke jenjang pelamin.

“ Tahniah kepada anda berdua atas pertunangan hari ini (Ahad). Semoga ia memberi kalian kegembiraan dan seterusnya ke jenjang pelamin, Insya-Allah. Jangan tunggu lama-lama,” tulisnya di Instagram.

Pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat bertunang dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Majlis diadakan secara sederhana atas permintaan kedua-dua belah keluarga. Pihak Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang dari pihak Fasha. Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.

Fasha pernah berkahwin dengan Jejai pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 31 Jan 2022

Bapa Kepada The Pocket Rocketman Negara Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga Datuk Azizulhasni Awang. Al-Fatihah

Featured Wed, 22 Sep 2021
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Tiada Lagi Gelaran ‘Presiden Jomblo’, Baim Wong Dah Bertunang!

Gadis jelita ini merupakan model dan pelakon terkenal di Indonesia. Memang cantik orangnya, bertuah Baim!

Featured Wed, 11 Oct 2023

Isu Artis Wanita Kembali Free Hair, Fatin Afeefa Titip Pesan… Minta Netizen Jangan Cepat Jatuh Hukum – “Kita Pun Bukan Baik Sangat!”

Setuju dengan Fatin! Entah-entah orang yang tengah struggle nak istiqamah sekarang ni lebih baik dari orangyang suka kutuk tu kan?❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Tue, 21 Feb 2023