Hiburan By: SGMS Faida November 9, 2018 @ 9:40am

Jika Ragu-Ragu, XPDC Sedia Pulangkan Duit Pembeli Semula

Bayar dahulu, dapat kemudian. Itu konsep yang dipraktikkan oleh kumpulan rock lagenda XPDC yang menampilkan kelainan dalam strategi pemasaran album terbaru mereka.

Kata vokalis, Mael, XPDC memperkenalkan sistem tempahan awal atau pra tempahan untuk mendapatkannya.

“ Peminat perlu membayar wang terlebih dahulu sebelum memiliki album. Dalam pada itu, proses rakaman album terbaru XPDC memang sedang rancak berjalan.

“ Proses menyiapkan agak lambat kerana kami juga sibuk dengan undangan persembahan dan faktor kesihatan saya yang tak menentu juga membuatkan saya belum berpeluang masuk studio,” katanya.

Mael juga berharap para peminat mereka dapat meletakkan kepercayaan penuh kepada mereka.

“ Jika rasa ragu-ragu, kami sedia pulangkan kembali wang anda. Tapi saya percaya peminat kami amat setia. Sampai masanya album itu akan sampai ke tangan anda okay,” katanya.

Bawa bersabar ya para peminat XPDC semua, yang penting lagu-lagu mereka semua pasti layan habis kan!

Sekitar 1990 sehingga awal 2000, XPDC dianggotai oleh Mael, Izo, Zuar dan Amy berjaya mencatat penjualan album terbaik sehingga melebihi 100,000 unit antaranya menerusi album Darjah Satu (1990), Timurbarat (1992), Kita Peng-Yu (1994), Brutal (1997) serta beberapa kompilasi.- Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Kisah Viral Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Terima Kasih Peminat, Ayda Jebat Terharu!

Single Balada, Pinjamkan Hatiku yang telah dilancarkan setahun lalu kini mendapat tempat dihati peminat. Ayda Jebat akui terharu dengan sokongan peminatnya.

Hiburan Sun, 4 Sep 2022
Events Wed, 13 Jun 2018

Wajib Tonton: Senarai 9 Program TV Terbaik Syawal Ini!

Istimewa untuk penonton setia kami, disini kami sajikan anda dengan program-program terbaik sepanjang syawal ini!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.

Featured Thu, 8 Dec 2022

“Our Trio Is Back!” – Netizen Sebak Persahabatan Rozyana Roslan, Sally & Mia Azhar Kembali Bertaut

Bagi pengguna TikTok, sudah pasti mereka mengenali tiga pempengaruh yang merupakan sahabat baik iaitu Rozyana Roslan, Sally dan Mia Azhar. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit krisis yang terjadi antara tiga sahabat baik itu apabila Sally dan Mia […]

Hiburan Fri, 25 Oct 2019