Hiburan By: Syafiqa Irdina December 9, 2019 @ 5:02pm

Jualan Akhir Tahun 2019 Genting Highlands Kini Bermula, Rebut Tawaran Hebat Ini Sekarang!

 Jualan Akhir Tahun Genting atau Year End Sale (YES) kini kembali lagi!

Bermula 13 hingga 15 Disember ini,  jualan akhir tahun pusat membeli-belah Genting Highlands akan mengambil tempat di SkyAvenue, First World Plaza, Awana Sky Central dan Genting Highlands Premium Outlets (GHPO). So, buat shopaholics di luar sana, cepat rebut tawaran hebat ini sepanjang tiga hari  YES berlangsung ok!

Sumber : rwgenting.com

Tawaran Eksklusif Buat Ahli Kad Ganjaran Genting (GR)

Bersempena Jualan Akhir Tahun Genting, banyak tawaran eksklusif khas buat pemegang ahli Kad GR Emas & Platinum tau!

Apa yang menariknya, korang berpeluang membeli-belah sehari awal sebelum Jualan Akhir Tahun ini bermula iaitu pada 12 Disember dan nikmati diskaun sehingga 80% untuk sebarang pembelian hadiah istimewa di musim perayaan ini!

Sertai Peraduan Dan Dapatkan Tawaran Kadar Parkir, Pas Previu Taman Tema Skytropolis Dengan Harga PALING Istimewa!

Jangan lupa untuk sertai Peraduan Tangkap, Muat Naik, Menang (Snap, Post, Win) yang dianjurkan.  Mudah sahaja! Apa yang korang perlu lakukan ialah dengan menangkap gambar bersama masthead Jualan Akhir Tahun Genting 2019, kemudian muat naik ke laman Facebook atau Instagram korang beserta hashtag #RWGYES. sebab hadiah lumayan bakal menanti korang!

Sekiranya korang belum menjadi pemegang kad ahli GR, mohon segera di kaunter yang disediakan di Aras 2, First World Plaza dan ianya tertakluk pada Terma dan Syarat.

Terdapat juga tawaran kadar parkir istimewa bersama bagi tiket pergi dan balik untuk Awana SkyWay (Park, Fly & Shop) dengan harga RM12 (yang bernilai RM40). Dapatkan tiket ini di kaunter RWG One Hub di GHPO.

Bagi pemegang ahli kad GR, korang juga boleh dapatkan Pas Previu Taman Tema Tertutup Skytropolis dengan harga serendah RM18 (yang bernilai RM60 ke atas) dengan pembelian minimum RM200, maksimum dua resit.

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Ripley’s Adventureland

Di Ripley’s Adventureland, korang boleh nikmati tawaran beli 1 tiket, percuma 1 atau percuma 1 tiket dengan setiap pembelian minimum RM30 dalam satu resit di outlet F&B Only World Group yang terpilih. Apa lagi, jangan lepaskan peluang ini!

 

Sumber: www.xtra.com.my

 

Nikmati Jualan Murah Outlet Dan F&B

Haaa, bukan itu sahaja. Nikmati pelbagai promosi dan jualan murah di outlet terpilih termasuklah outlet makanan & minuman. 

Pagi si penggemar makanan, Jualan Akhir Tahun Genting turut menyediakan sesuatu yang menarik untuk korang. Singgah di Restoran Burger & Lobster dan nikmati Burger Mayfair secara percuma dengan pembelian dua hidangan udang karang.

Beberapa restoran lain seperti Wanhoi Yamch’a, Tampopo, Tai Bae, C Chuan Village, Nicsmann 1940s, Beauty in The Pot, Hansburger dan Pie in the Sky turut menawarkan tawaran beli 1 percuma 1 berserta diskaun 50% yang tertakluk pada terma dan syarat.

Outlet-outlet berjenama seperti Clé de Peau Beauté, Furla, Tory Burch, Longines dan Sulwhasoo turut menawarkan tawaran menarik dan hadiah dengan setiap pembelian. Nak tahu, kenalah datang ke Genting Highland ok!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang www.rwgenting.com  atau hubungi sahaja talian di +603- 2718 1118. 

Happy Shopping dan Happy Holiday!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Oct 2021

Sambut Birthday Setahun, Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Anak Fazura Rantai Berlian

Anak kepada pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya menerima hadiah berupa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini. Hadiah bersempena ulang tahun pertama […]

Featured Wed, 24 Nov 2021

Romantiknya! Suami Bina Replika Taj Mahal Untuk Isteri Sebagai Simbol Cinta Di India

Seorang guru dari negeri Madhya Pradesh, India telah membina replika Taj Mahal untuk isteri sebagai simbol cintanya. Memetik laporan Dailymail, Anand Prakash Chouksey, 52, membina istana marmar seluas 929 meter persegi untuk isterinya, Manju Shah, […]

Hiburan Fri, 20 Jul 2018
Featured Fri, 17 Sep 2021
Featured Sat, 18 Jun 2022
Hiburan Mon, 14 May 2018

Jadikan Bruno Mars Sebagai Idola, Syamel Ubah Haluan?

Syamel membuat keputusan tersebut selepas mendapat inspirasi dan timbulnya rasa kagum terhadap penyanyi antarabangsa  yang juga merupakan idolanya, Bruno Mars ketika menyaksikan konsert penyanyi itu di Axiata Arena pada 9 Mei lalu

Events Wed, 7 Aug 2019

张家辉看《使徒行者2》大哭!自嘲年纪大不考虑回TVB拍戏

张家辉自爆看《使徒行者2》大哭!被问会否回TVB拍戏?他坚决说不,还打趣的指 “都几十岁的人,怕拍拍下就那样走了!”