Hiburan By: SGMS Faida August 29, 2019 @ 2:43pm

‘Kalau Masih Guna, Urat Tekak Boleh Putus’- Lan Solo Kongsi Masalah Kesihatan

Penyanyi Lan Solo berkongsi keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkannya untuk menyanyi buat sementara ini.

Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohd Yusof memaklumkan dia berdepan dengan masalah peti suara bengkak pada masa ini.

“Doc kata peti suara kiri dah berdarah. Peti kanan bengkak dan tunggu masa utk berdarah jugak.

“Dlm masa 10 hari ni kalau LS masih guna vocal vord heavily, boleh menyebabkan urat tekak putus. Ok2 xpa.. Allah ada.. kita cuba!

“Tapi nak say sori awal!kalau hari ni tak jawab fon call, tak bercakap bila jumpa di mana2.

“LS cuma perlu rehatkan peti suara buat seketika. Doakan LS ya,” tulisnya.

Tambah Lan, dia juga menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Rata-rata pengikut Lan mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala dan dapat menyanyi dengan baik semula. Insha Allah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Looks Like BLACKPINK Will Be Making Their Hollywood Debut Soon

They just signed with Interscope Records!

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

Netizen Kecam Penampilan Masya Masyitah Tunjuk Leher

Alamak! Lebihan Shawl tu nak simpan buat apa dik?

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Sun, 6 Jan 2019
Featured Sat, 13 Aug 2022