LIFESTYLE By: tex_admin March 9, 2018 @ 6:52am

Kenali si Introvert, Bukan sombong tapi…

Tenang, pendiam, misteri…eh eh dia ni, sombongnya. Sifat introvert adalah lawan kepada extrovert. Ramai menganggap sifat ini seperti anti sosial dan enggan bercampur dengan orang lain. Harus tahu, golongan ini lebih suka berfikir dan lebih teliti dalam berkata-kata.

Ini bercanggah dengan perangai extrovert yang lebih mementingkan teman bercakap ataupun gemar berada di tempat ramai orang, si pendiam lebih berhati-hati memilih kawan dan hanya bercakap apabila perlu iaitu di hadapan rakan yang mereka selesa. Jom kenali keperibadian si Introvert…

Kredit gambar: Tribun Manado

Menikmati Waktu Bersendiri

Bila si extrovert rasa bosan duduk rumah seorang diri, si introvert pula sangat tenang dan happy. Mereka lebih habiskan masa membaca, berfikir, termenung dan adakala bermonolog sendiri. Jana idea lebih kreatif, si introvert lah heronya!

Sangat Selektif Dalam Berkawan

Mereka lebih berhati-hati dalam bersosial. Bukan main tegur semua orang. Si Introvert akan kenali watak individu yang mahu disapanya dengan lebih teliti sebelum mula rapat. Jangan salah faham, bukan anti sosial ya!

Ramai Itu Rimas

Rasa lebih selesa dalam kelompok kecil tetapi tidak selesa dalam keramaian. Lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali. Lagilah awkward! Si Introvert tidak sabar untuk pulang semata-mata mengelakkan diri daripada bergaul dengan kelompok manusia yang bercakap tentang perkara yang tidak penting, apatah lagi anda langsung tidak tahu-menahu.

Good Listener

Kalau korang ada masalah, carilah individu introvert sebagai pendengar. Mereka mendengar dan lebih memahami. Mereka akan bertindak-balas jika korang yang sendiri meminta respon. Mereka bukan jenis mudah berikan tindak balas tanpa ‘kajian’ dahulu ya!

Berfikir Sebelum Bercakap

Introvert adalah golongan yang sangat berhati-hati dalam bercakap. Selalunya mereka akan berfikir dan mengelak menyampaikan sesuatu yang sia-sia. Mereka akan berfikir dan langsung tidak mengeluarkan idea merepek yang bukan-bukan.

Tidak Suka Perhatian

Tidak mahu berada di tempat orang ramai, kurang bercakap, si introvert juga akan nervous bila jadi tumpuan! Jika dalam majlis keramaian, si introvert lebih selesa berdiri di hujung atau duduk di tempat terhujung sekali, jauh dari pandangan orang. Pendek kata, pemalu orangnya. Tapi tak apa, as long you guys happy, introvert atau extrovert, bukanlah satu masalah pun, betul tak? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Mat Tudung Begins, Filem Pertama Arahan Fizz Fairuz

Mesti kelakar terbahak bahak ni

Events Wed, 29 Jun 2022
Hiburan Wed, 13 Nov 2019
LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

努力许久都不见起色,我该选择放弃吗?

努力已久却始终不见起色,放弃有时不是件坏事,但选择放弃是对的吗?

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

Featured Sat, 18 Mar 2023