Hiburan By: SGMS Faida June 22, 2018 @ 6:10am

Kenapa Anak Semua Lelaki? Linda Rafar Terima Soalan Tak Masuk Akal!

Bila belum kahwin, asyik kena tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak. Bila dah ada anak, tanya bila nak tambah anak.

Yang paling pelik, bila semua anak lelaki, ditanya kenapa semua anak jantinanya sama!

Hal ini dikongsi oleh pelakon Linda Rafar di laman Instagramnya apabila ramai orang bertanyakan hal sama apabila dia dikurniakan anak kesemuanya lelaki.

Tulis Linda, ada yang bertanyakan mengapa tiada anak perempuan.

“ Ya Allah macam mana Linda nak jawab pemberian Allah ya? Jika boleh bertanya sila tanya pada Allah kenapa dan mengapa?” tulisnya.

Dalam posting berkenaan, Linda meluahkan rasa syukur atas pemberian Allah yang mengurniakannya lima anak lelaki di mana salah seorang daripadanya berada di Jannah.

“ Semuanya aturan Allah SWT. Anak- anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan bukan untuk dipersoalkan. Bagi saya, bersyukur sahaja dengan apa yang Allah dah aturkan,” katanya.

Anak lelaki Linda iaitu Memen atau Rezaimin Keifli telah meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Aug 2018

Kaka Azraff Selesa Single

Tanpa mempedulikan kata-kata orang, pelakon dan penyanyi, Kaka Azraff akui selesa hidup solo.

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Thu, 15 Jun 2023
Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Featured Sat, 28 Jan 2023