Hiburan By: Salma Syahbuddin April 5, 2018 @ 8:23am

Kenapa Elyana Menyesal?

Penyanyi Kalis Rindu ini mengakui bahawa beliau berasa terkilan dan tertekan apabila terdapt segelintir netizen yang kerap memperlekehkan kesihatan beliau. 

Menurut Elyana, apa yang penting bagi dirinya sekarang adalah menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan gembira disamping keluarga, suami dan anak beliau.

“Sekarang ni stress pada pandangan orang pula. Kadang-kadang saya rasa menyesal kenapa memberitahu orang mengenai perkara ini. Dulu stress psal saya kena sembunyikan sesuatu dan sekarang pula stress bila pandangan dan persepsi orang pula. Maknanya hidup ini ke kanan salah, ke kiri pun salah. Jadi kita buatlah apa yang menggembirakan kita. Kadang-kadang saya tak boleh tahan, sebab itulah saya meluahkannya di instagram.” Jelasnya

Elyana juga memberitahu, beliau sama sekali tidak pernah terfikir mahu menipu atau meraih simpati  mana-mana pihak terhadap penyakit yang dihidapinya itu.

“Saya tak suka orang anggap saya penipu, Itu yang membuatkan saya tertekan. Saya tak anggap saya tipu, saya tak tipu. Itu yang membuatkan saya tertekan. Saya tak anggap saya sakit, saya anggap ini adalah sebagai kehidupan diri saya. Lagipun sepanjang 7 tahun ini saya dan lali. Saya tak naklah sakit saya kena diam, saya tak naklah macam tu saya takut orang tak selesa. Saya jenis macam ni, bila orang tanya saya akan cakap. Jadi orang anggap saya tak sakit.” Katanya

Terkini, Elyana masih menjalankan rawatan bagi merawat kanser beliau seperti biasa.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Oct 2023
Featured Thu, 8 Sep 2022
Drama Thu, 21 Mar 2024
Featured Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Thu, 11 Jul 2019