Hiburan By: SGMS Faida March 17, 2019 @ 9:33am

10,000 Penonton Penuhi Axiata Arena Bukti Siti Nurhaliza Belum Hilang ‘Bisa’

Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung malam tadi menyaksikan hampir 10,000 peminat membanjiri ruangan tempat duduk stadium Axiata Arena Bukit Jalil.

Penyanyi nombor satu negara itu turut menyanyikan lebih 30 buah lagu hits yang menjulang namanya sehingga hari ini. Kami kongsikan beberapa hal menarik yang terjadi di stadium malam tadi. Check this out!

1) Penyanyi asal Indonesia, Yura Yunita membuka tirai persembahan malam tadi dengan dua buah lagu popularnya, Cinta & Rahasia dan Buka Hati. Ini merupakan kunjungan kali kedua Yura ke sini (selepas tahun 2014) bagi mempromosikan lagu ‘Merakit’. Nampak sedikit nervous but she did well!

2) Laungan lagu Negaraku bergema di dalam stadium sebelum Siti Nurhaliza muncul di pentas utama. Penyanyi Natasha Sass membuat kemunculan khas di pentas menyanyikan lagu ini bersama-sama penonton.

3) Sebagai mengenang dan memberi penghormatan buat Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Siti mendendangkan beberapa buah lagu ciptaan komposer itu menerusi segmen khas. Sesi throwback semalam memperlihatkan beliau sebak mengenang jasa komposer lagu dengan menyanyikan lagu-lagu seperti Cindai, Balqis, Hati Kama dan Nirmala dengan begitu mantap sekali.

4) Tayangan khas paparan klip video ucapan khas oleh suaminya Dato Seri Khalid Mohd Jiwa yang menyatakan ‘Saya sayang Siti hingga ke Syurga’ menyentuh hati penonton seterusnya mendapat sorakan gemuruh.

5) Kehadiran usahawan terkenal, Sajad Kamaruzzaman mendapat perhatian ramai. Malah peminat bersorak apabila kemunculan Sajad disedari ramai. Popular awak!

6) Selepas turut serta di konsert Siti Nurhaliza On Tour di Indonesia dan Singapura, penyanyi terkenal Indonesia, Tulus juga tampil di Kuala Lumpur dengan dua buah lagu. Malah Tulus turut berduet bersama Siti menerusi lagu Seindah Biasa.

7) Konsert yang dibawakan oleh Shiraz Projects itu turut dihadiri ramai selebriti tanah air antaranya Siti Sarah, Shuib, Khai Bahar, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Wany Hasrita, Jihan Muse dan ramai lagi.

8) Anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah turut kelihatan di konsert ibunya semalam. Si comel yang duduk di bahagian barisan depan semalam dilihat cukup enjoy menonton ibunya dari bawah. 

9) Selepas konsert tamat, trafik sesak teruk di tempat letak kereta berhampiran stadium Axiata. Maklumlah, 10,000 penonton yang hadir kan. Mau tak sesak? Apa yang lebih penting, korang enjoy kan? 

Wartawan: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022

Shuib Pecah Lantai Rumah, Netizen Pula….

Lahhh, nak ubah suasana rumah je, tak semestinya Shuib lupa pada arwah Siti Sarah 🥺

Featured Sat, 28 Aug 2021
Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Featured Tue, 11 Apr 2023
Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

5 Buah Yang Sesuai Untuk Anda Yang Sakit Jantung

” An apple a day keeps the doctor away” antara buah yang dapat membantu dan mencegah penyakit jantung

Featured Thu, 7 Oct 2021
Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Peliknya Suami Saya Tidak Cemburu!

Izara akui dirinya masih mempelajari tanggungjawab yang perlu digalas, tapi katanya mujurlah suami tidak cerewet. Mengenai zuriat pula, Izara tidak menolak andai diberi rezeki awal.