TV3 tampil dengan sebuah program nyanyian yang iaitu Lagu Cinta Kita, program yang diadaptasi daripada program realiti popular Vietnam itu menampilkan konsep nyanyian secara duet.

Konsep asal program nyanyian ini adalah untuk mendapatkan keserasian antara peserta. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkain Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, ini adalah kali pertama TV3 menyiarkan program realiti menerusi laman Youtube.

” Kami memilih untuk menyiarkannya di Youtube kerana sedar pelayar laman sosial terutama Youtube adalah ramai. Dan berharap secara tidak langsung ianya dapat menarik mereka untuk menonton TV pula” Katanya.

Program realiti nyanyian ini mempunyai 5 episod  siaran di Youtube sahaja manakala, episod akhir akan ditayangkan di TV3.

Dihoskan oleh Nana Mahazan, program ini juga turut menampilkan Scha Al Yahya dan Hael Husaini sebagai juri tetap. 

Seramai 16 peserta yang terlibat akan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Dan sepanjang tempoh pertandingan, peserta bebas memilih rakan duet mereka berdasarkan keserasian masing-masing.

Pemenang bagi program yang ditaja oleh Huawei Nova 4 ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000 serta hadiah eksklusif daripada penaja.