Sejak berkahwin pada 22 November lalu, pelakon Baim Wong mengakui sedang meniti saat paling bahagia dalam hidupnya.

Menerusi laman Instagramnya, suami kepada model, Paula Verhoeven ini sempat berpesan kepada lelaki bujang di luar sana agar tanamkan sifat sabar dalam menanti jodoh ‘luar biasa’.

 Lama jomblo (sendiri) untuk dapat wanita begini. Tercapai juga hajat akhirnya. Mungkin anda juga begitu.

“ Mahu dapat isteri yang menepati piawaian, jadi lama membujang. Sakit telinga kalau ditanya, calonnya mana? Diam sahaja. Pasti dapat…dijamin. Asal anda bukan homoseksual,” tulisnya berjenaka.

Terdahulu, Baim pernah diberi gelaran presiden lelaki bujang di Indonesia namun gelaran itu sudah ditinggalkan selepas bertemu jodoh dengan model jelita ini. Semoga terus bahagia Baim dan Paula!