Hiburan By: SGMS Faida December 9, 2018 @ 7:04pm

#AnggunLife : Lepas Gunung Annapurna, Amy Search Mahu Tawan Everest

Penyanyi Amy Search memberitahu beliau memasang niat untuk mendaki Gunung Everest pada akhir tahun 2019.

Pelantun Tiada Lagi ini ketika ditemui di festival Anggun Life memaklumkan beliau sudah membuat persiapan dalam merealisasikan nawaitunya itu.

“ Jika ditanya mengenai azam tahun baru, saya memasang niat untuk mendaki Gunung Everest pada September tahun depan.

“ Saya sudah melakukan persiapan dengan latihan fizikal dan mental lebih awal. Saya dijangka naik ke atas bersama hampir 3,000 orang yang bakal menyertai misi kali ini,” katanya kepada xtra.com.

Sebelum ini, penyanyi berusia 60 tahun ini pernah melakukan pendakian ke Gunung Annapurna, Nepal pada April 2018.

Dalam perkembangan lain, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memaklumkan beliau berkemungkinan mengadakan konsert tahun depan.

“ Segalanya dalam perancangan. Saya sedang sibuk mengusahakan produk kopi keluaran saya iaitu Kopi Phewiit.

“ Yang terbaru, saya melancarkan perisa terbaru iaitu nenas. Menariknya, bila anda menghirup kopi ini, rasa nenas itu masih ‘kuat’.

“ Selain itu saya turut menjual uncang teh tarik yang diproses daripada daun teh tradisional Sri Lanka. Umum tahu, kualiti daun teh dari sana memang antara yang terbaik. Peminat boleh dapatkannya dengan pembelian melalui online,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Andi Bernadee,Ismail Izzani Gabung Suara Dalam ‘Hello’

Andi dan Ismail bakal memanaskan lagi industri muzik tempatan dengan kolaborasi yang paling dinantikan tahun ini menerusi lagu duet berjudul “Hello”.

Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Fri, 9 Feb 2024