Hiburan By: SGMS Enal July 24, 2019 @ 6:49pm

Malas Cari Calon Suami, Zizi Kirana Serah Pada Ibu

Penyanyi Zizi Kirana nekad memberikan sepenuh kepercayaan kepada ibu untuk memilih bakal suaminya.

Buntu mencari teman hidup, Zizi menyerahkan kepada ibunya untuk membuat keputusan berdasarkan beberapa kriteria yang sudah diberikan. Malah, dia pasti ibunya dapat membuat pilihan yang bernas untuk menentukan masa depannya.

“Saya menyerahkan kepada ibu untuk mencarikan bakal suami, kerana sudah jelak mencari dan bercinta. Biarlah sekiranya ditakdirkan bercinta selepas kahwin seandainya sudah tertulis percaturan hidup saya begitu.

“Malah, saya sendiri sudah malas mencari teman hidup, jadi saya mempercayai pilihan yang dibuat oleh ibu. Apatah lagi, saya semakin meningkat usia dan ingin memberikan cucu buat ibu.

“Tidak kira bagaimana pun pilihan ibu, cukuplah sekadar sedap mata memandang. Kriteria utama adalah bakal suami itu nanti pandai berjenaka kerana saya tertarik dengan lelaki yang kelakar. Paling penting, si dia bersikap ringan tulang kerana tidak mahu bersama dengan orang yang malas,” katanya kepada Xtra.

Beralih mengenai perkembangan kerjaya, Zizi atau pemilik nama penuh, Nur Fazelah Mad Tahil, akan terus memperjuangkan irama hip hop yang sudah sebati dalam dirinya sejak menyertai kumpulan The Fabulous Cats.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

CJ WOW SHOP三年取得辉煌成就!望再创高峰

CJ WOW SHOP三年取得辉煌成就!欢庆「精彩三年」展开一系列促销活动回馈顾客。

Drama Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Joey BPR Kemalangan Patah Tulang Rusuk

Susulan nahas itu, Joey turut mengalami patah empat tulang rusuk.

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

Kematian Sulli Buka Mata Industri KPop…

Sulli sasaran pengkritik online tanpa nama.

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Thu, 24 Oct 2019