Hiburan By: Del14 October 16, 2019 @ 11:55am

Masya Tampil Beri Penjelasan Tentang Gambar ‘Edit’ Pinggul

Ditertawakan netizen gara-gara menyunting foto yang telah dimuat naik di Instagram baru-baru ini, penyanyi lagu Halimunan, Masya Masyitah (19) terpanggil untuk menjelaskan kepada peminat tentang apa yang sebenarnya berlaku. 

Masya atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff terkejut apabila foto yang dikira sudah lama dimuat naik tiba-tiba tular kerana selama ini tidak pernah ada yang komen. 

“Hai semua…Okay semalam tetiba ada orang viralkan gambar yang agak lama dah Masya post dan masa tu tak ada sorang pun comment pasal edit punkoq (punggung) ke apa semua ni..

“Bila semalam tiba-tiba viral..Masya pun terkejut.. Lepas tu Masya tengok balik. Ha’ah la..Memang edit..” tulisnya. 

Namun, menurut Masya lagi ia bukanlah untuk membuatkan punggungnya nampak besar atau untuk kelihatan lebih seksi tetapi kerana di dalam gambar asal, pakaiannya kelihatan berkedut dan berketak-ketak di bahagian pinggul. 

“Masya mengaku memang Masya edit (sunting)..tapi bukan untuk tayang saya ada pungkoq besaq ke apa sebab Masya jenis tak suka pungkoq besaq..

“Tengok gambar first ni..Ini yang original..Kenapa Masya edit? Masya edit sebab tu tengok kat bahagian peha tu jadi bukit-bukit..Tak tau pasal apa..Mungkin Masya tak betulkan seluaq sebelum pose tu..Jadi dia jadi berketak-ketak kat situ sikit..

“Jadi saya mengaku lah salah saya sebab saya edit..tapi hanya untuk meluruskan balik bahagian ketak tu..Tak sangka la sampai wall tu pun tertarik sekali..” jelas Masya lagi.

Di dalam entri instagram tersebut yang kini telah pun dipadam oleh Masya, penyanyi ini telah memuat naik kedua-dua foto asal dan yang telah disunting untuk menunjukkan apa yang sebenarnya di maksudkannya. 

Gambar sebelum disunting – IG Masya

Gambar selepas disunting – IG Masya

Juara Ceria Popstar tahun 2014 itu juga dengan nada sinis mengucapkan terima kasih kepada individu yang menularkan fotonya itu di laman twitter untuk dijadikan ‘bahan’ lawak dan kutukan netizen yang lain. 

“And..@yuraarose terima kasih viralkan saya kat twitter dan jadikan gambar saya sebagai bahan lawak untuk korang..tak sangka lah awak ni memang stalk habis-habis pasal saya.. Minat bebenor ek?  Hahahah.. @yuraarose kalau tak puas hati lai DM.

“Yang memaki saya macam-macam tu.. Maki je la.. Kalau itu yang buat korang gembira, I okay.. Itu saya penerangan saya pada hari ini..Macehhh,” sambung Maya. 

Nasib baik, Masya dikira matang dalam mengatasi isu ini.  Bila buat salah, minta maaf je terus. Semoga penjelasan dari tuan punya badan memuaskan hati semua pihak.  Netizen pun mesti ramai yang sunting gambar sendiri sebelum muat naik dalam media sosial betul tak??

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Panas! Pelakon Terkenal Ini Bercinta Dengan Kaum Sejenis?

Isu LGBT (Lesbian, Gay, Bisexsual, and Transgender) bukanlah sesuatu isu yang baru di negara kita. Meskipun isu ini agak sensitif, namun masih ada yang terlibat dengan gejala ini

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Shaheizy Sam muat naik status pelik?

Sam memuat naik kenyataan sedemikian, diiringi bersama lakaran foto  kepala ular pada laman Instagram miliknya.

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Kenapa Ariana Grande Tak Muncul Di Anugerah Emmy 2018?

Pihak pengurusan Ariana memberitahu bukan hanya Ariana tidak dapat hadir ke anugerah Emmy malah kekasihnya, Pete Davidson juga… Sabarlah ya, Ariana!

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Saya Belum Layak Bergelar Jutawan – Shuib Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu berasa takut digelar jutawan hanya disebabkan ada beberapa jenis bisnes. “Siapalah saya ni, hanya penyampai radio dan makan gaji. Buat bisnes pun biasa-biasa saja, kadang kala untung dan rugi. […]

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Eyka Farhana Tak Suka Tinggal Di Negara Sejuk?

Kenapa agaknya Eyka suka ke negara bercuaca panas?