Gara-gara tidak lagi di-follow di akaun Instagramnya, penyanyi Rossa tampil memberi penjelasan mengenai hubungan bersama dengan komposer terkenal Melly Goeslaw.

Memetik tembual bersama TribunWow.com, Rossa mengaku masih belum bertemu dengan komposer itu untuk bertanyakan hal tersebut.

“Semua orang ada pilihan dan pemikiran masing-masing. Saya tidak ada masalah persahabatan dengan beliau dan ia masih berjalan baik, tiada masalah,” katanya.

Sebelum ini, Melly berkecil hati dengan konsep pakaian yang digayakan Rossa dalam sebuah pesta Halloween yang dianjurkan di salah sebuah rumah selebriti terkemuka Indonesia.

Sementara itu, Rossa juga sudah memohon maaf atas kesilapan yang lalu.

“Saya sudah lama mengenali Melly dan tidak mahu berselisih faham di masa depan. Persahabatan kami sudah cukup lama. Yang pasti saya tidak mahu putuskan silaturahim ini,” akuinya.

Tambah Rossa dia tidak mahu lagi bercakap mengenai insiden yang sudah berlalu kerana bimbang masalah berpanjangan.

Pada 1 November lalu, Rossa memohon maaf kepada Melly atas tindakannya yang membuatkan komposer terkenal itu berkecil hati.

Sumber: @mimi.julid

Melly sebelum ini memuatnaik sebuah entri menulis dia rasa dipersendakan apabila gaya pakaiannya menjadi pilihan untuk pesta Halloween.