Hiburan By: Del14 December 13, 2019 @ 3:54pm

Menjelang Pentas Akhir Mentor Milenia, Ini Pesan Terakhir Juri Tetap

Empat protege yang mara ke peringkat akhir Mentor Milenia 2019 sudah diketahui. Tahniah kami ucapkan kepada Apex Tajuddin (Mentor Hazama), Aedy Kama (Mentor Black), Rika Riana (Mentor Stacy) dan Daus Husny (Mentor Ernie Zakri). 

Persaingan sengit malam separuh akhir minggu lalu menyaksikan penyingkiran Arayn Malek, Yazrul Arrep dan satu-satunya protege Mentor Akim, Sharee Lopes dari pentas akhir yang akan berlangsung Ahad ini. 

Datuk Syafinaz Selamat selaku juri profesional terkejut dengan keputusan malam itu tetapi menganggap ianya perkara biasa kerana menurutnya terdapat 40% undian penonton yang diambil kira dan ia mampu mengubah keputusan setiap minggu.

“Ada 40% yang kita tak nampak iaitu undian dari penonton yang memainkan peranan yang besar.  Selaku juri profesional, saya dan Altimet juga banyak kali terkejut dengan keputusan mingguan oleh sebab 40% itu. Kalau ada protege kelima yang masuk pertandingan akhir, saya pilih Arayn.

“Arayn kurang bernasib baik malam ini tapi sejujurnya saya nampak perbezaan dan peningkatan beliau dari minggu ke minggu. 

“Namun demikian, ini program realiti dan kita kena akur dengan keputusannya unless it’s a 100% judging system, itu pun tak tentu juga sebab masing-masing ada pemikiran sendiri,” kata Syafinaz kepada Xtra.

Bagi Altimet pula, undian 40% dari penonton tidak akan menukar kedudukan dari tangga dua tercorot kepada pemenang.

“Tetapi untuk mengubah satu atau dua anak tangga dan mengekalkan kedudukan protege di dalam pertandingan memang sangat-sangat berpengaruh,” ujarnya. 

Selaku juri profesional yang memegang 60% dari markah keseluruhan protege, Syafinaz dan Altimet mengharapkan kesemua protege berjuang habis-habisan pada malam minggu terakhir ini. 

“Apabila kami memilih, kami akan pilih secara keseluruhan.  Overall, kita dah tahu suara mereka macam mana, kebolehan mereka macam mana. Persembahan malam ini pada saya, semua cuba sedaya upaya untuk tonjolkan bakat mereka. Everybody is fighting.  Tapi, jika anda tiada ‘Wow‘ factor itu, ada orang lain yang akan lebih menonjol. 

Baca: “Tak Ada Wow Factor!” – Syafinaz Selamat

“Pemilihan lagu juga memainkan peranan yang penting. Kadang-kadang lagu itu berunsur ‘fun‘ jenis lagu yang kita seronok nyanyi ramai-ramai dengan peminat tetapi sebagai juri, kami nak mendengar suara kamu.

Kami akan mengambil kira semua aspek seperti kemampuan vokal, kawalan suara, your phrasing, dynamics, dan kamu perlu tonjolkan apa yang kamu ada dan sisi artistik kamu sebagai penyanyi. Itu perkara-perkara yang sangat penting dalam pemarkahan kami,” tambah Syafinaz lagi.  

Mentor Akim Ahmad pula merupakan satu-satunya mentor yang tidak mempunyai protege di malam akhir nanti dan walaupun berasa sedikit hampa, Akim mengucapkan tahniah kepada protege-protege yang berjuang untuk tiket ke final.  

Baca: Tak Kecil Hati Pun…

“Saya gembira dan redha yang rezeki Lopes sampai ke peringkat separuh akhir sebab banyak benda yang dia belajar dalam Mentor Milenia ini. Kalau ditanya peserta favourite saya, saya pernah beri dia standing ovation dengan Black dahulu iaitu Apex. Pada saya, Apex adalah satu individu yang sangat berbakat dalam industri muzik ini dan bakal menjadi pelapis pemuzik kita satu hari nanti,” akhirinya.

Kredit Foto: Instagram @tv3malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Victor李俊颉全新单曲延迟推出让路投票日

Victor李俊颉阔别6年再推单曲就撞上全国大选投票日,因而决定展延单曲推出的计划,待履行公民责任后再推出。

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Hiburan Sun, 3 Mar 2019

The Novic Gypsy Punca Izzue Islam Keluar Forteen?

Korang dah layan lagu ‘Kau’ ke belum?

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Pandang Saya Sebagai Penyanyi Bukan Penyampai Radio’- Young & Gentleman Buah Tangan Terbaru Haiza

Lama tak muncul dengan single, Haiza siap sedia menawan balik industri hiburan dengan ‘Young & Gentleman’. Mesti best ni!

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

Belum Ada Persiapan DiBuat – Elfira

Masih belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya dan tarikh nikah pun belum ditetapkan

Featured Sun, 25 Jun 2023
Hiburan Fri, 3 Nov 2023
LIFESTYLE Tue, 3 Apr 2018

Sebak! Susut 30 Kilogram Akibat Hiper Tiroid

Dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat, keadaan fizikal Nurliyana turut berubah apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.