Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) kembali lagi untuk tahun keenam!

Bertempat di pusat beli belah Pavilion, Kuala Lumpur, pertunjukan fesyen terkemuka ini dipenuhi dengan tetamu jemputan di kalangan VIP, selebriti dan fashionista popular. Meriah!

Antara barisan pereka fesyen yang mengambil bahagian pada hari pertama adalah Min Luna x Fashion Valet, Poplook, Syamil Fazwan, Suffian Tugiman, Azura Azwa dan Zuusaha.

Majlis turut diserikan dengan pertunjukan koleksi daripada My Apparel Zoo by Ellie Norman, Private Stitch, Arared x HABIB Jewels, Benua and Ghaania.

Acara penutup untuk hari pertama diakhiri dengan rekaan daripada Faizul Noorizan, Hafiz Drahman, Ridzuan Alias dan MimpiKita. Bravo untuk semua rekaan hebat pereka tanah air, u guys did a great job!