Hiburan By: SGMS Faida June 26, 2018 @ 9:47am

Mila Bagi Amaran, Minta Maaf Atau…

Nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pakej perkahwinan yang dikendalikan syarikat penyanyi Mila Jirin, Bizmilla. 

Tindakannya yang menulis di ruangan komen di laman sosial sebuah portal dengan menggunakan nama akaun @suesharudin membuatkan Mila tampil dengan penjelasan tersendiri.

Menerusi laman Instagramnya, jutawan muda ini memberitahu pemilik akaun itu perlu memohon maaf secara terbuka memandangkan komen itu dilihat mencemarkan nama syarikatnya, Bizzmila.

“Perhatian @suesharudin awak buat fitnah secara terbuka tentang chef di @bizmilla_catering. Untuk maklumat, chef kami di BIZMILLA semuanya orang Malaysia.

“Sejak awak dah fitnah secara terbuka, saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sebab awak dah mencemarkan nama syarikat saya.

“Jika tiada permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam, saya akan teruskan dengan tindakan undang-undang,” tulis Mila menerusi Instagramnya.

Isu penggunaan tukang masak warga luar menjadi bualan semasa selepas Kementerian Sumber Manusia menggesa semua restoran di Malaysia mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai depan.

Menterinya, M. Kulasegaran berkata, bagaimanapun semua pengusaha akan diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan saja bekerja di restoran mereka dan peraturan baru itu akan dikuatkuasa bermula 1 Januari 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Jul 2022

Hati Ellie Suriaty Terpaut, Ini Sebab Kaka Azraff Dipilih Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Ke IPD Gerik

Wahhh, tak sabarnya min nak tunggu filem ni. Tengok iklan pun dah mengalirkan air mata… mesti hebat lakonan Kaka jadi Saadiah!

Hiburan Sun, 14 Jan 2024

Puteri Aishah Hamil Anak Pertama!

Alhamdulillah yeay, tahniah Puteri and husband! 🫶🏻

Hiburan Fri, 19 May 2023
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Remy Ishak Bawa Diri?

Mana abang Remy pergi ni?

Hiburan Sun, 18 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世巡吉隆坡站票房走势凌厉!2价位门票已售罄

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站票房走势凌厉,288令吉和168令吉门票价位已售罄!

Hiburan Sat, 20 May 2023
Drama Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Mon, 20 Mar 2023