Wah, nampaknya pasangan ini tak sabar berbulan madu ya!
Pasangan merpati dua sejoli ini iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah sepakat memilih Tanah Suci, Mekah sebagai destinasi honeymoon mereka selepas bergelar suami dan isteri September lalu.
Nadzmi berkata dia tidak sabar untuk berangkat ke Tanah Suci bersama isteri buat pertama kali pada hujung tahun ini. Sweet kan?
“Kami akan bertolak ke Tanah Suci selepas Ardell pulang dari misi kemanusiaan ke Yaman pada Oktober nanti,” kata Nadzmi.
Pasangan ini telah berkawan baik selama 8 tahun dan selamat diijabkabulkan pada 1 September lalu.
Mari sama-sama kita doakan agar urusan mereka untuk ke Mekah dipermudahkan ok!
Ditulis Oleh: Dina Azmi