Hiburan By: SGMS Faida December 20, 2019 @ 8:00am

Nia Ramadhani Tak Tahu Cuci Pinggan Ke?

Nama pelakon Nia Ramadhani sering menjadi perbualan netizen di Indonesia.

Dari kisah tidak tahu membuka buah salak sehingga seterika baju, nama pelakon cantik ini terus hangat dibualkan.

Ramai menganggap Nia tidak mampu melakukan kerja di rumah lantaran berkahwin dengan usahawan bergelar jutawan, Ardie Bakri.

Namun baru-baru ini, Nia membuktikan dia mampu seterika baju tanpa dibantu oleh pembantu rumah.

Aksi Nia ternyata menjadi trending di media sosial Twitter.

Ini berikutan sempena ulangtahun Transmedia ke 18, Nia Ramadhani mengaku akan merealisasikan permintaan netizen.

“Mau lihat seorang Nia Ramadhani dan Jessica Iskandar cuci piring,” tulis salah seorang netizen menerusi program Ngopi Dara Trans TV.

Pengacara program berkenaan, Jessica Iskandar (Jedar) bertanya kepada Nia sama ada dia pernah mencuci piring atau tidak.

“Bila kali terakhir kamu cuci piring,” soal Jedar.

Nia menjawab ringkas ‘Pernah lah’.

Dalam masa sama, Nia turut menunjukkan cara yang tepat untuk mencuci piring kepada Jedar.

“Ini tipsnya, kalau ada sisa makanan, harus buang dahulu,” katanya.

Sebelum ini, nama Nia Ramadhani menjadi trending selepas aksinya yang gagal mengupas buah salak menjadi bualan netizen Indonesia.

Sementara itu, Nia juga pernah mengejutkan laman sosial apabila tidak boleh membuka pintu bilik sendiri.

Ini kerana pintu berkenaan mempunyai sistem keselamatan dengan teknologi serba canggih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Wed, 16 May 2018

Wow! Anak Beckham Cuba Nasib Di Korea Selatan

Ada khabar yang kami dengar anak ketiga David Beckham menghantar permohonan untuk sertai uji bakat The Man, sebuah kumpulan baharu.

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Thu, 8 Sep 2022

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau Kritikal Akibat Paru-paru Berair

Allahuakbar 😢 Sedihnya tengok 😔 Semoga Allah permudah segala urusan beliau 💕

Events Fri, 7 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Kasih Ibu Membawa Ke Syurga Dalam Batik Zakiah

Dugaan yang datang silih berganti ini adalah pengajaran bagi kita dalam menempuhi liku-liku kehidupan

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Park Shin Hye And Choi Tae Joon Confirmed To Be Dating!

Park Shin Hye and Choi Tae Joon are the hottest and newest star couple in Korea.