Hiburan By: Del14 November 19, 2019 @ 11:57am

NICO G Sedia Gegarkan Negara Dengan ‘Siaga’

Selepas kejayaan lagu ‘KGB’ dari album  terbaharu pelopor muzik hip hop negara, NICO G iaitu ‘Black Edition Vol.1‘ ,  kini  mereka tampil dengan video muzik kedua bagi single kedua mereka yang berjudul ‘Siaga’.

‘Siaga’ yang bermaksud siap sedia adalah lagu ciptaan NICO G bersama Sabbala, KC dan Muariffah, anggota kumpulan Hip Hop tempatan bernama Lawalah Familia. 

Biarpun kedua buah lagu tersebut beserta video muziknya telah diperkenalkan sewaktu majlis pelancaran yang diadakan 9 Oktober lalu, NICO G telah memilih untuk menunda tayangan video muzik ‘Siaga’ buat tontonan umum kerana memberi jalan bagi lagu dan video muzik ‘KGB’ dahulu apabila lagu tersebut menerima reaksi luarbiasa daripada peminat-peminat dan pendengar muzik tempatan. 

Baca: Selepas 27 Tahun, Akhirnya Nico G…

Langkah tersebut dianggap strategi terbaik bagi mengambil kesempatan atas sambutan hangat terhadap lagu ‘KGB’ dan menyimpan karya istimewa ‘Siaga’ ke satu tarikh yang lebih sesuai.

Baca: NICO G Pertaruhkan KGB, Tampil Dengan Imej Lebih Ghetto!

Namun begitu, NICO G masih meneruskan aktiviti publisiti bagi album Black Edition Vol. 1 bagi program-program televisyen dan stesen radio tempatan bagi mempromosikan kedua-dua buah lagu sekaligus seperti perancangan awal. 

Video muzik ‘Siaga’ berdurasi selama lima minit telah diterbitkan secara usahasama antara NICO G Entertainment dengan Didz Squad Studio dengan mengetengahkan konsep drama muzikal dengan suasana dan tema ala mafia Itali. Think Godfather!

Di dalam video muzik tersebut, peminat-peminat dapat menyaksikan M.D. Nico, Dino G dan Affa melakonkan watak sambil menyanyikan lirik lagu ‘Siaga’ seolah-olah berdialog. 

Penggambaran video muzik dengan konsep yang pertama seumpamanya hanya mengambil masa selama tiga jam dan diadakan sepenuhnya di butik pereka sut tersohor, Bon Zainal yang bertempat di Sri Hartamas.

Bon Zainal juga telah memberikan sentuhan peribadinya dengan merias dan menggayakan setiap ahli NICO G dengan pakaian sut tajaan dari jenamanya sendiri. 

NICO G dijadualkan untuk melancarkan dua buah lagu lagi pada 14 Disember akan datang di sebuah pesta muzik anjuran mereka iaitu Kuala Lumpur Hip Hop Festival 2019.

Peminat-peminat NICO G boleh menantikan album penuh ‘Black Edition Vol. 1’ yang akan berada di pasaran pada bulan Februari 2020. 

Saksikan video muzik ‘Siaga’ dengan klik link YouTube berikut SIAGA BY NICO G | BLACK EDITION VOL. 1

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Menang Atau Kalah, Nana Redha…

Nana serah kepada peminat?

Hiburan Tue, 6 Feb 2024
Events Wed, 14 Nov 2018

不是开玩笑!梁静茹最想参加《中国新说唱》

不是开玩笑!「情歌天后」梁静茹最想参加的节目竟然是《中国新说唱》呢~

Automobile Thu, 3 Oct 2019

HUAWEI Lancar 13 Produk Terbaharu Hari Ini

Wow! So, apa tunggu lagi dapatkan produk terbaru yang pastinya hot dari HUAWEI

Hiburan Thu, 10 May 2018

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Memandangkan bulan ramadan pun dah dekat, rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan…

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Tinggal 10 Peratus… Selagi Bateri Ini Tidak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas…” – Bob Lokman Akui Keadaan Jantung Makin Kritikal

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman mengakui keadaan jantungnya kini berada ditahap yang kritikal dan hanya mengharapkan pada penggunaan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Menurut Bob Lokman atau […]