LIFESTYLE By: SGMS Faida November 21, 2019 @ 3:51pm

Pasangan Yang Baru Kahwin Pening Cari Rumah Pertama? Baca Perkongsian Ini!

Tengah plan nak beli rumah pertama? Takut nak ambil risiko buat pinjaman tempoh panjang?

Nah, kami kongsikan beberapa tips untuk kalian yang sedang dalam misi mencari rumah impian…

Tinggal atau pelaburan?

Tip #1 : Beli untuk duduk sendiri atau pelaburan?

Seperti pesan Tuan Harith Faisal dalam posting beliau, andai rumah pertama yang kita beli itu matlamatnya adalah untuk kita duduk, susah untuk kita melakukan pembelian yang lain.

Lagi sukar jika rumah pertama yang kita beli tu, dah ‘makan’ sebahagian besar daripada pendapatan bulanan kita.

Yalah, nanti aliran tunai (cash flow) kita akan terganggu, jadi tak cantik. Kalau aliran tunai tak cantik, macam mana nak beli rumah kan?

JANGAN Tangguh!

Siapa yang tak nak beli dan tinggal di rumah yang sebesar istana. Ada taman serta kolam, kemudian dipenuhi dengan perabot-perabot mewah dan super mahal, kan?

Tapi tenang. Tak semua mampu nak buat macam tu.

Jujur je la. Kalau gaji cuma RM3,000, berapa lama masa yang akan korang perlukan untuk kumpul duit untuk bayar wang pendahuluan rumah idaman bak Dato’ Vida tu?

10 tahun? Lepas 10 tahun, korang mungkin tak mampu nak beli apa yang ditawarkan sekarang. Jadi beli saja sekarang. Beli yang sesuai dengan kemampuan korang. Faham tak? Saiz ikut kemampuan

Tip #3 : Tak mampu yang besar, beli yang kecil sebagai permulaan

Untuk rumah pertama, korang tak perlu beli yang besar-besar terus.

Sebabnya semakin besar rumah, semakin mahal harga. Semakin mahal harga, semakin banyak wang yang perlu korang keluarkan untuk kali pertama.

Jadi ingat formula ini untuk rumah yang pertama :

“Kecil, Mudah, dan Murah”

Beli untuk pelaburan

Tip #4 : Buat untung masa membeli, bukan masa menjual

Pertama, perlu ingat yang tujuan korang untuk beli rumah ini adalah untuk pelaburan.

Bila untuk pelaburan, korang mesti kira siap-siap keuntungan minimum yang patut korang dapatkan.

Untuk itu, korang perlu ingat peraturan penting dalam melakukan transaksi pelaburan serta jual-beli ini.

Apa dia? Kita buat untung ketika membeli, bukan ketika menjual.

Jadi sebab itu carilah rumah di bawah harga pasaran. Sebaiknya, cari rumah yang 20% di bawah harga pasaran. Tak jumpa? Cari betul-betul, mesti boleh jumpa punya.

Beli ikut kemampuan!

Tip #5 : Layak beli rumah RM350,000, tapi beli rumah RM250,000?

Okay. Sekarang, kira berapa harga rumah yang korang layak untuk beli. Katakan, korang layak sangat beli rumah harga RM350,000.

Cuma, tak semestinya korang perlu beli rumah harga tu. Tapi cari la rumah yang dibawah harga itu. Mungkin RM250,000 dah memadai.

Nasihat saya, beri ruang untuk Debt Service Ratio (DSR) korang bernafas. 

Dapatkan bantuan pakar.

Tip #6 : ‘Ini’ tip mudahkan kerja anda mencari rumah

Korang kena ingat, beli rumah bukan seperti beli roti canai. Korang tak pergi beli rumah hari-hari. Kan?

Jadi maksudnya, korang perlukan bantuan seseorang yang pakar dalam hal ini.

Siapa yang pakar? Ejen hartanah adalah jawapannya. Sebab mereka berurusan setiap hari dengan urusan membeli-menjual hartanah ini.

Kawal nafsu atau…

Tip #8 : Kawal, atau dikawal nafsu?

Bila kita buat sesuatu untuk kali pertama ni, kadang-kadang kita akan teruja melampau-melampau. Nampak iklan menarik, terus rasa nak beli.

Baru mencari dalam mudah.my, ternampak offer best, terus nak beli. Lagi-lagi tau yang diri mampu beli dan dah siap duit down payment semua.

Tenangkan diri korang tu. Tak payah tergopoh. Kaji habis-habis dulu sebelum buat keputusan membeli.

Tapi untuk beli rumah impian, apa kata korang tengok projek perumahan oleh pemaju perumahan, EcoWorld. Design menarik dan yang pasti berbaloi-baloi beb!

Jangan lupa tengok program Misi Rumah Impian yang diarahkan Izuan Mokhtar akan menemui penonton setiap Rabu dan Khamis bermula 27 November ini, jam 9.50 malam di TV3.

Sumber: Gila Hartanah

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Achey Hadiahkan Isteri Kereta Mewah!

Bertemakan sukan dan santai, majlis meraikan hari jadi Anne berlangsung di sebuah bengkel kereta milik kawan Achey di Shah Alam

Featured Fri, 22 Apr 2022
Featured Fri, 2 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Susah Payah Tukar Kad Baru Dalam Keadaan Lumpuh, Wanita Terkilan Akaun Ibu Kena Block Tanpa Sebab

Allahhh 😢😢 Sedihnyaa 😩😢 Semoga Allah permudah segala urusan wanita ini dan ibunya yang bedridden 💔

Featured Sat, 22 Jan 2022
Hiburan Mon, 19 Dec 2022
Featured Wed, 5 Oct 2022

Bakal Buat Penonton Imbau Kenangan P. Ramlee & Saloma, TVS Lancar ‘Getaran Jiwa’

Getaran jiwa…. melanda hatiku, tersusun nada irama dan lagu

Events Wed, 27 Nov 2019
Featured Fri, 17 Mar 2023