Hiburan By: SGMS Enal July 16, 2019 @ 3:37pm

‘PDRM, Jawab Soalan Saya’ – Eizlan Yusof Naik Angin?

“Saya bagi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjawab soalan saya.

“Kenapa nafikan anak saya, Zareef Yusof tidak terbabit dalam kemalangan itu hanya berdasarkan laporan yang dibuat?” kata pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof.

Ia susulan kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon dalam sebuah media tempatan mendakwa kemalangan melibatkan kereta jenis Toyota Vios dinaiki dua wanita berusia 23 dan 43 tahun serta kereta jenis Proton Wira dipandu seorang tukang rumah lelaki berusia 48 tahun pada 11 Julai lalu di Sabak Bernam tidak membabitkan anaknya, Zareef Yusof, 9 tahun.

“Saya kecewa apabila polis menafikan anak saya terbabit. Ia memberi impak negatif kepada saya, keluarga dan kru drama.

“Saya meminta pihak terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka di semua platform media cetak dan elektronik.

“Saya ada segala bukti termasuk laporan perubatan, surat pengesahan doktor dan gambar Zareef di lokasi kemalangan.

“Pengadu kemalangan ialah mak saudara Zareef sendiri dan dia bukan kru penggambaran seperti dilaporkan pihak sana,” katanya.

Beliau juga tertanya-tanya daripada mana mereka mendapat maklumat itu selain ada juga laporan mendakwa membabitkan dua wanita.

“Saya menghormati kerajaan tapi apabila mereka membuat kenyataan salah, ia memberi impak negatif kepada pasukan,” kata Eizlan lagi.

Katanya, secara logik sepatutnya sebelum mengeluarkan kenyataan atau fakta, mereka mestilah membuat siasatan menyeluruh.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Berbaloi! Padi Reborn Live In KL Tak Mengecewakan

Meriah, bertenaga & memang berbaloi! Rugi tau siapa yang tak datang menonton Padi Reborn Live In KL ni! Buat kumpulan Padi Reborn, jangan menyepi lagi. Terus hasilkan karya-karya hebat. Ramai Sobat Padi di sini yang akan menyokong.

Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!

Kes Mahkamah Fri, 4 Aug 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Wed, 30 May 2018

Sasqia – Saya Bukan Jahat!

Sasqia gembira terpilih menerajui drama bersiri 50 episod ‘Koko Coklat’ yang akan ditayangkan di TV3 dan tonton secara serentak kelak. Malah, Sasqia turut teruja dipilih menjayakan filem arahan Syafiq Yusof, ‘Misteri Dilaila’ selaku teraju utama