Hiburan By: Syafiqa Irdina December 5, 2019 @ 4:39pm

Pembantu Peribadi Kongsi Detik Terakhir Bersama Allahyarham Nassier Wahab

Hari ini industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan pemergian penyanyi popular era 1980-an, Dato’ Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Berita kehilangannya mengejutkan seluruh penggiat industri dan para peminat, berita ini mula tular di laman media sosial selepas dikongsi oleh rakan-rakan artis dan pembantu peribadinya, Ariff Salim.

Umum sedia maklum bahawa pelantun Memori Cinta Luka itu menghidapi barah gusi sejak kira-kira lima tahun yang lalu.

Sumber: Free Malaysia Today

Pembantu peribadi Allahyarham Nassier Wahab, Ariff Salim menceritakan keadaan Allahyarham Nassier Wahab sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Allahyarham mengalami muntah darah yang teruk dan sempat  memintanya untuk mengurut tangan dan belakang, sebelum beliau dan isteri Allahyarham, Datin Fatimah Abd Rauf meminta bantuan doktor.

“Doktor meminta arwah menjalani rawatan untuk menambah darah semalam kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat tadi (malam tadi), arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.

“Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 tengah malam, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada. 

 

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Belah Klang kira-kira jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi hari ini.

Allahyarham Nassier Wahab meninggalkan seorang balu, Fatimah Abd Rauf dan seorang anak, Intan Najihah.

Al-Fatihah kami ucapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Fans Demand YG Entertainment To #StopBlamingHanbin For iKON’s Delayed Comeback

iKONIC has had enough with YG Entertainment making excuses for iKON’s indefinite schedule.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Filem One Two Jaga Tercalon Kategori Filem Terbaik Asia Di Festival Filem Dunia

One Two Jaga bakal bersaing dengan sembilan lagi filem terbaik Asia yang bakal berlangsung di Warsaw, Poland bermula 14 hingga 21 November depan.

Events Thu, 7 Mar 2019

CJ WOW SHOP正式进军中文市场!更多好康尽在ntv7

「天天精彩,天天WOW」CJ WOW SHOP正式进军中文市场!

Hiburan Tue, 21 May 2019

Selesa Status Duda Alasan Fezrul Khan Tak Cari Calon Bini?

Agak-agak bila Fezrul bakal lepaskan status ‘duda hot’ in town eh?

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Bakal Bersaing Dengan Marsha Milan & Ernie Zakri… “Tipulah Kalau Saya Tak Pressure” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul bakal bersaing dengan dua penyanyi hebat, Ernie Zakri dan Marsha Milan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37). Mengakui dia merasakan kehangatan persaingan, Aina menghormati Marsha dan Ernie sebagai penyanyi yang lebih […]