Gelagat penyanyi Black Hanifah dan anaknya ketika muncul dalam konsert Mentor 7 baru-baru ini, bukan sahaja mencuri tumpuan malah, ada yang beranggapan anaknya, Khaleef Dayyan memang berbakat beraksi di pentas ketika mendendangkan lagu Pot Pet.

Hanifah Md Hanafiah atau Black, 31, berkata beliau akan memberi tempoh untuk anaknya itu mengiringi persembahannya sehingga hujung tahun sahaja. Dankeputusan itu dibuat kerana Dayyan bakal memulakan persekolahan pada awal tahun depan. 

” Saya beri tempoh sehingga akhir bulan depan untuk dia mengikuti saya menyanyi. Kerana 2019 nanti Dayyan sudah mula belajar di sekolah antarabangsa dan kenalah fokus. Lagipun, Dayyan bukan selalu ikut saya buat persembahan, bergantung kepada mood juga.” Katanya

Sumber : Instagram @senangterhibur

Menurut Black, beliau sama sekali tidak akan menghalang anaknya itu untuk terlibat dalam bidang muzik, kerana Dayyan sendiri sudah mula menunjukkan minatnya ke arah bidang muzik.

” Bukan saya nak halang minatnya, mungkin saya akan masukkan dia ke kelas muzik kerana Dayyan memang menunjukkan minat ke arah itu.” Tambahnya.

Dapat izin dari isteri

Mengakui mendapat keizinan daripada isteri tercinta, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Cira, Black memberitahu sebelum membawa Dayyan untuk mengikuti beliau membuat persembahan, beliau akan meminta izin izin dari isterinya.

Malah, isterinya juga turut berpesan sekiranya persembahan nyanyian itu berbayar, maka Black juga harus memberi bayaran kepada Dayyan sebagai simpanan untuk masa hadapan anaknya itu. 

Sumber : Instagram @black.hanifah

Jadi, kepada korang yang terlepas persembahan Black dan Dayyan pada konsert mentor 7 baru-baru ini jangan lupa saksikan di Youtube TV3 Official Malaysia okay!