Hiburan By: SGMS Fas December 8, 2019 @ 7:20pm

Pencipta ‘Keluang Man’ Meninggal Dunia

Al-Fatihah!

Pencipta dan penerbit siri animasi digital Keluang Man, Kamaruddin Ismail, 63,
meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 4.15 petang tadi.

Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail meninggal akibat serangan jantung dan komplikasi penyakit lain seperti buah pinggang.

Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Amir Hamzah Hashim dalam satu kenyataan media, berkata Allayarham pernah mendapatkan rawatan di PPUM selama hampir dua bulan.

“Sepanjang pembabitan arwah dalam animasi, dia adalah tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada era 1990an lalu melalui penerbitan animasi Usop Sontorian,” katanya.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Presiden Animas, sebelum ini.

Jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Masjid Assalam PJS 3, Petaling Jaya dan dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, Petaling Jaya.

Allahyarham pernah mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D pada tahun 1997.

Karya beliau juga pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melaui animasi KUMANG Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu.

Pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan Allahyarham sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia sempena malam kemuncak Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.

Oleh: Guy Masaki 

Kredit pix Keluang Man: Cinemaonline.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022

“Saya Mengaku Itu Saya” – Tak Kisah Dilabel G*y, Dr Say Terima ‘Hadiah’ Lumayan Ketika Sertai Pertandingan…

Eh betul ke Dr Say Gay? Tapi… kalau dapat hadiah lumayan, siapa je yang tak nak 👀🤣

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Siapa gadis di sebalik kisah lagu Zaim Ajmal?

Artis baru di bawah naungan Universal Musik Malaysia iaitu Zaim Ajmal memulakan lembaran  baru dalam hidup beliau apabila menandatangani kontrak bersama syarikat muzik rakaman terkenal terseb

Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020
Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖