Hiburan By: SGMS Faida August 18, 2018 @ 4:34pm

Pergi Tak Kembali… Al-Fatihah Buat Penyanyi Azreen Manan

Al- Fatihah… penyanyi era 1990-an Azreen Manan meninggal dunia hari ini selepas dua tahun bertarung dengan kanser serviks tahap empat. 

Hal ini disahkan sendiri oleh suaminya yang dikenali sebagai Shah yang memberitahu Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.06 petang di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

Menurut Shah, Allahyarham yang berusia 41 tahun menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi keluarga dan sahabat terdekatnya.

Dalam pada itu, Shah berkata, Allahyarham isterinya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur selepas solat Asar.

Ketika ini, jenazah masih berada di IKN untuk urusan pengebumian.

Allahyarham Azreen berada dalam keadaan kritikal selepas kesihatannya merosot sejak dua minggu lalu sebelum dirujuk kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Azreen dilaporkan menghidapi kanser tersebut sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, penyakit tersebut kembali menyerang pada awal tahun lalu selepas dia mengadu sakit pada bahagian kaki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Dec 2019
Contest Mon, 25 Oct 2021

Kamal Adli & Ain Edruce Hos Baru Program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3!

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita versi Malaysia kini kembali untuk musim ke-3 (LCK3). Bersiaran selama 8 episod, LCK3 akan menampilkan […]

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Baru Berusia 4 Tahun, Netizen Puji Anak Betty Rahmad Pandai Baca al-Quran & Taranum – “Bijak Sungguh Anak Soleh Ini…”

Anak kepada pelakon Betty Rahmad, Ardy Wira sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel serta bijaknya walaupun baru berusia empat tahun. Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang […]

Hiburan Sun, 13 Oct 2019

Doakan Mamat Khalid…

Semoga diberi kesembuhan buat abang Mamat Khalid. Amin YRA!