Contest By: Salma Syahbuddin July 24, 2019 @ 10:47am

Pilihan Salah Buat Syamel Tergamam?

Hadir sebagai artis jemputan di episod kelima I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY 2), Syamel nekad untuk berduet dengan ‘Stylist Star’ (Muhammad Abid Bin Shamsuddin) dari awal lagi kerana dia percaya penyanyi misteri ini adalah seorang penyanyi sebenar. Tetapi, sebagai penyanyi yang memiliki vokal yang mantap tidak bermakna Syamel mempunyai kebolehan untuk menilai siapa yang betul-betul mempunyai bakat dalam bidang nyanyian hanya berdasarkan paras rupa.

Syamel menjadi lebih yakin dengan pilihannya apabila Fizie Hot FM selaku penyiasat jemputan menyokong pilihannya untuk berduet dengan Abid, selepas mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri itu. Menurut  Fizie, suara Abid sangat merdu dan memang sesuai untuk berduet dengan Syamel. Selain Fizie, Wany Hasrita dan Hefny Sahad turut hadir sebagai penyiasat jemputan.

Mendendangkan lagu ‘Hidup Dalam Mati’, harapan Syamel untuk berduet dengan seorang penyanyi sebenar musnah kerana Abid merupakan seorang penyamar bersuara sumbang. Secara automatik, Abid berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Haa, macam manalah agaknya artis jemputan untuk minggu akan datang kan? Jangan lupa saksikan #ICSYVMY #SuaraSiapaTu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3, atau boleh saksikan di Youtube TV3Malaysia Official dan tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Rahsiakan Perkahwinan, Bienda Mohon Maaf

Takkanlah saya nak beritahu kami ‘nikah gantung’ sebab nak simpan duit. Mesti akan timbul pelbagai prasangka buruk hanya kerana saya artis…

TECH Thu, 21 Jun 2018

Boleh tonton TV, Youtube Bakal Tergugat Dengan Instagram?

IGTV umpama televisyen. Video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen.

Selebriti Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Wed, 18 Jul 2018
Events Fri, 29 Mar 2019

Mampukah Duit Beli Kebahagiaan? Jawapannya Ada Dalam ‘Cinta Non Grata’

Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Shuk Bakal Buka Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Mengakui rezekinya juga semakin bertambah sejak mendirikan rumahtangga tiga tahun yang lalu, Shuk percaya bahawa rezekinya itu datang daripada Isteri dan juga anaknya

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Masalah Anxiety…Diana Danielle Tak Bergantung Dengan Ubat?

Alhamdulillah…semoga terus sihat DD!