Hiburan By: Del14 January 16, 2020 @ 9:27pm

Putus Cinta, Dina Nadzir Mengakui Pernah Murung?

Di usia 35 tahun, sudah tentu penyanyi Dina Nazir mengimpikan untuk berkahwin dan memiliki keluarga sendiri.

Namun begitu, selepas hubungan pertamanya putus 10 tahun lalu, dia masih belum bernasib baik dalam menemukan cinta walaupun pernah keluar dengan beberapa jejaka selepas putus cinta dahulu. 

“Saya pernah murung akibat putus cinta 10 tahun lalu. Lama juga saya merana disebabkan kemurungan. Memang kehidupan dilalui ketika itu tidak menentu. Emosi tidak stabil dan fikiran berkecamuk kerana perasaan kehilangan teramat sangat. Lagipun, itu pertama kali pengalaman saya dalam bercinta.

“Saya dah terbiasa pada waktu itu kalau ada masalah, bercerita dengan ‘si dia’, ada orang tanya apa saya buat hari-hari, dah makan ke belum…jadi bila hubungan itu putus di tengah jalan, saya jadi tak menentu. 

“Namun, saya bersyukur dapat bangkit mengatasinya apabila berjaya berfikiran positif, dan mula meluahkan apa-apa yang terpendam pada kawan-kawan rapat dah ahli keluarga.

“Saya juga melepaskan perasaan geram dan marah terhadap bekas kekasih dan kekasihnya pada waktu itu dengan memohon maaf kepada mereka. Dari situ, saya dapat ketenangan hati dan perasaan,” katanya kepada XTRA.

Sudah 10 tahun solo tanpa cinta, Dina atau nama sebenar Faradina Mohd Nadzir turut menafikan yang dia serik untuk menjalin hubungan rapat bersama lelaki.

“Saya tidak serik bercinta pun, cuma sehingga sekarang rasanya jodoh masih belum berpihak buat saya kerana tiada seru lagi.

“Apapun, saya yakin apabila sampai masanya dan apa yang Allah sudah tetapkan pasti jodoh itu akan hadir juga,” katanya.

Mengulas kriteria lelaki pilihannya, Dina berkata, dia melihat kematangan, kebersihan diri dan penampilan kemas.

“Pada usia sekarang saya memerlukan seseorang lelaki matang, kemas dan paling penting sentiasa wangi. Saya alah pada bau kurang menyenangkan. Rupa tak handsome tak mengapa, janji wangi,” katanya sambil ketawa. 

Dina yang sudah 16 tahun aktif dalam kerjaya seni baru kali pertama dipilih sebagai duta SS Klinic yang menawarkan perubatan kulit dan kurus.

Menurut Dina, dalam tempoh sebulan mengikuti program kurus disediakan klinik itu, dia yang memilki berat badan asal iaitu 112 kilogram kini turun menjadi 106 kilogram.

“Selain berat badan turun, ukur lilit pinggang saya juga sudah berkurang kira-kira 20 sentimeter. Kini saya lebih yakin pada penampilan dirinya,” katanya.

Mengulas pengalaman ‘body shaming’, Dina berkata, dia pernah melaluinya di alam persekolahan kerana sejak dari dulu dia memang berbadan besar. 

Kini, walaupun kadang-kadang terpaksa berdepan dengan komen segelintir warganet di media sosial seperti Instagram, Dina lebih suka mengambil sikap tidak mengendahkan perkara negatif yang diperkatakan kerana lebih mengenali diri sendiri.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Selepas Aksi Cium, Fatin Afeefa Buat Hal Lagi!

Nampaknya, kontroversi ni semakin hangat ye!

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

MJ假死?被指乔装打扮现身侄儿婚礼

美国流行乐坛天王迈克尔·杰克逊(Michael Jackson – MJ)逝世至今已经有八年之久,但最近仍有粉丝怀疑MJ并没有去世,而且还乔装打扮现身侄儿的婚礼!

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Sun, 28 May 2023
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

‘Pose Hebat Tapi Hutang Liat Nak Bayar’, Aliff Syukri Sindir Siapa?

Hello, dah berhutang tu pandai-pandailah bayar balik eh…

Hiburan Thu, 9 Nov 2023