Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad umum bakal berehat seketika dari dunia hiburan.

Kata suami kepada penyanyi, Nagita Slavina, selepas 20 tahun menceburkan diri sebagai selebriti, sudah tiba masanya dia berehat panjang.

“Alhamdulillah banyak yang percaya saya, Gigi dan Rafathar. Hampir 20 tahun juga banyak yang telah saya lalui dalam kehidupan termasuklah dalam hal pekerjaan.

“Selama ini saya hanya sibuk dengan kerja sehingga banyak yang saya tertinggal termasuklah dalam hal berkaitan keluarga,” jelasnya.

Akui pengacara program bual bicara Okay Boss ini, dia mengambil masa panjang sebelum membuat keputusan untuk berehat seketika dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

“Saya mahu berubah, mahu berehat, mahu membuat sesuatu yang membahagiakan keluarga.

“Bukan pamit tetapi istirehat sejenak,” kata Raffi. 

 
 
 
View this post on Instagram

❤️❤️🙏🙏❤️❤️

A post shared by Raffiahmad Nagitaslavina1717 (@raffinagita1717) on

Dalam pada itu, Raffi juga bakal membuat pengumuman menerusi laman Youtube RANS Entertainment miliknya pada petang ini. 

 
 
 
View this post on Instagram

Good Morning … Ready Going Back Home ❤️✈️

A post shared by Raffiahmad Nagitaslavina1717 (@raffinagita1717) on

Sebelum ini, Raffi dilaporkan mengalami masalah bengkak pada pita suara dan merancang untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Raffi juga dilaporkan mula menjaga pemakanan bagi memastikan bengkak pada kawasan pita suaranya tidak menjadi lebih parah.