Hiburan By: SGMS Faida April 6, 2019 @ 2:31pm

’Ramai Orang Ingat Saya Melayu’- Neeta Kongsi Pengalaman Lucu Dimarah Tokey Kedai

Vokalis IamNeeta, Neeta mengakui masih ramai yang tidak mengetahui dirinya bukanlah berketurunan Melayu.

Akui Neeta, hal ini menyebabkan dia beberapa kali berdepan insiden dimarahi di restoran ketika bulan Ramadan.

“ Mungkin sebab nama ditambah pula wajah saya, ramai menganggap saya berketurunan Melayu.

“ Saya pernah berdepan pengalaman dimarah di sebuah restoran di ibu kota di mana berlaku sedikit kekecohan ketika itu. Pemilik kedai itu datang dan cakap ‘mana boleh makan, kan bulan puasa ni’. 

“ Bila saya jelaskan bahawa saya bukan beragama Islam, baru dia minta maaf. Cemas jugalah waktu itu sebab ramai orang di dalam restoran,” kata Neeta tertawa.

Walau bagaimanapun, pemilik nama penuh Neeta Manisha memberitahu dia tidak pernah tertekan memiliki wajah kemelayuaan malah bersyukur.

“ Saya tidak menganggap hal ini sebagai satu masalah besar malah melihat ada kelebihan tersendiri. Lebih mudah untuk saya memasuki pasaran muzik tanah air yang majoritinya orang Melayu.

“ Karya IamNeeta juga mendapat maklum balas yang sangat baik di kalangan pendengar orang Melayu,” katanya.

Neeta merupakan anak tunggal daripada keluarga berdarah campuran Cina, India dan Siam.

Dalam perkembangan lain, IamNeeta kini tampil dengan single berjudul Ilusi ciptaan komposer Patrick Anohada.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Tampil Dengan Lelah Mengalah, The Mirza Takut Tunggu Respon Pendengar

Nama The Mirza kini meniti di bibir pecinta muzik Indonesia. Siapa tahu pasangan kembar beradik ini berjaya menawan peminat tanah air pula kan?

Featured Sun, 28 Nov 2021

YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta). YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, […]

Hiburan Sun, 15 Dec 2019
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Cassidy La Creme Jatuh Cinta Dengan Lelaki Melayu?

Ehem… siapa agaknya jejaka bertuah tu kan?

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Netizen Tanya Rahsia Langsing, Apa Jawab Lufya Omar?

Amal cara tradisional jaga penampilan.