Bukan sekadar tudung bervariasi, jenama dUck turut mengeluarkan peralatan alat tulis. Namun apa yang menarik perhatian kami adalah perkongsian oleh netizen, Khairul Yoi yang memuat naik sebuah status berhubung alat tulis keluaran dUck yang dikatakan tidak padan dengan harga. Benarkah?

Menerusi sebuah status dimuat naik Khairul, beliau menggambarkan jenama dUck sebagai Itik Kapitalis yang mana sesetengah peralatan yang dijual di Gedung Fashion Valet itu boleh didapatkan dengan harga lebih murah di AliExpress.

“ Sebagai contoh harga paperclip kat AliExpress kau bleh dapat harga 5.37 USD ( RM 21.38 ) , manakala kat Fashion Valet paperclip yang sama korang bleh dapat dalam RM 20. Untuk stapler kalau korang beli kat AliExpress korang akan dapat harga 9.75 USD ( RM38.81) manakala kat Fashion Valet korang terpaksa beli dengan harga RM80.

“ Itu harga kasar perbandingan kalau beli barang dari China dengan dUck. Tapi korang jangan lupa, bila korang beli secara pukal, harga dia jauuuhhhh lebih murah gila babi, at least akan ada 30% off or more. Dan kat Malaysia korang kena beli natang hamjad ni dengan harga yahudi telan todi,” tulisnya.

Menurut Khairul, Rebranding atau penjenamaan semula adalah tidak salah tetapi biarlah barangan dijual itu tidak dijual di tempat lain.

Rebranding tak salah. Yang salah bila kau buat satu brand yang trusted and kononnya exclusive, people expect more than just a stapler. Maknanya stapler jenama kau ni takde jual kat lain, sama macam dUck scarves, kalau kau pakai dUck scarves ni memang orang anggap kau kaya gila dan memang have have sebab mampu beli produk yang “lain daripada yang lain”.

“ Dan ada perempuan yang sanggup menabung untuk dapatkan dUck scarves ni sebab dia punya brand and quality. Kalau Rosmah pakai tudung aku rasa tudung dUck ni penuh dalam bagasi dia silap2 kain alas meja pon brand dUck. That’s how people put trust on you and your brand.

“ Korang tau kenapa korang sanggup beli barang harga kapitalis macam ni? Sebab korang ignore the truth, alasan paling cliche “melayu kena support melayu”, bila kena londeh datang la makcik bawang keyboard cakap “melayu tak habis2 dengki”.

” Ni lah sebabnya. Sebab korang bangang tak boleh beza telling the truth dengan dengki. At least know your worth, kau spend duit untuk beli barang murah dengan harga firaun, tak rasa kena tipu hidup2 ke? Yang paling kelakar skali ada yang cakap “hello, AliExpress yang copy dUck okey!”, Sis, in case u didn’t know, China has a lot more “dUck” than “dUck” itself. Kau nak order nan cheese tabur berlian pon diorg boleh buatkan.

 

Of course la kalau kau tanya Vivy, dia akan cakap dia tak buat smua ni. Dia ada kilang, yada yada yada. Stakat ni kosmetik je yg trusted smpai masuk sephora bagai. Skarang ni korang je la kena bijak untuk pikir nak beli ke tak. Sesetengah orang dia sanggup beli sebab brand je pon. Kalau dUck pacak stall jual cekodok pisang pon berpusu2 orang beli sebab nanti kau nak kabor kat sanak saudara yang hari ni kau makan cekodok exclusive by dUck harga rm50 sebiji.

Neelofa pon sama je. Most orang yang ada nama ni confirm akan ada pengikut setia smpaikan apa saja dia jual berpusu2 nak beli. Padahal tudung yang sama jual kat butik harga berpatutan korang tak beli pon, sebab brand tu tak terkenal. Rasmi kat Zouk pon korang peduli apa kan.

So again, rebranding tak salah. Yang salah bila kau rebrand pastu jual balik dengan harga yahudi sebab org percaya dengan brand kau. Atau, kau rebranding produk kilo siam yang menjahanamkan muka orang pastu duk gebang kau lah yang formulate kau punya skincare. No, don’t do that. Melayu ni dah la bangang dia boleh tahan, founder yang boleh pakai pon dua tiga kerat je. Bila orang dah percayakan kau, kau tipu halus2 pulak.

Kau nak beli kau punya pasal, duit kau kan coz I’ve done my part and the rest is yours.

Tak apalah dear, tepuk dada tanya selera…Kalau duit korang berkepuk-kepuk, tak salah dapatkannya…cuma biarlah berpada-pada ya!