Hiburan By: SGMS Faida June 27, 2018 @ 6:29am

Remy Ishak Susut Demi ‘Pulang’

Membawakan watak Othman dalam filem Pulang, pelakon Remy Ishak perlu mempamerkan karakter ‘jantan’ memandangkan watak yang dibawakan adalah seorang kelasi kapal yang mengembara ke seluruh dunia.

Lumrah bagi seorang lelaki yang mahu memberikan terbaik kepada keluarganya apabila berumah tangga, watak Othman memaparkan sifat sisi lelaki sejati.

” Othman seorang nelayan. Jadi bagi memenuhi agar watak itu nampak real (nelayan)saya perlu menurunkan berat badan.

” Namun, berat saya tidak turun terlalu banyak, lebih kurang 7 kilogram saja, ” katanya.

Tambah Remy, dia sepatutnya menurunkan lebih banyak berat badan namun dek kekangan masa, misi itu tidak kesampaian.

” Itupun berat saya turun sebab bekerja keras ketika jalani penggambaran filem itu,” katanya.

Selain Remy, filem Pulang membariskan pelakon hebat seperti Puteri Aishah, Fatimah Abu Bakar, Azrel Ismail, Erwin Darson, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Filem berskala besar terbitan Primeworks Studios ini mengeluarkan bajet sebanyak RM 6 juta.

Pulang yang diangkat daripada kisah benar mengenai kehidupan seorang kelasi bernama Othman yang berlayar ke serata dunia. Filem ini dijangka bertemu penonton bermula 26 Julai depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 May 2023
Hiburan Wed, 15 Feb 2023
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Lamanya Najwa Latif ‘Peram’ Lagu?

Makesure dengar tau lagu ni!

Hiburan Mon, 23 May 2022

“Tipulah Saya Tidak Terasa Hati Apabila…” – Ayu Damit Jadikan Ejekan Pembakar Semangat

Ejekan yang dilemparkan ke Ayu Damit digunakan sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Thu, 15 Dec 2022

“Kenapa Ronaldo Tak Masuk Morocco Je?” – Soalan Neelofa Terhadap PU Riz Buat Netizen Terhibur

Bagi peminat Piala Dunia, sudah pasti akan tahu mengenai pasukan Maghribi atau Morocco yang telah berjaya menewaskan pasukan Portugal di stadium Al-Thumama dan layak ke separuh akhir, baru-baru ini. Rata-rata peminat Portugal kecewa dengan kekalahan […]

Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Netizen Tersenyum Bila Erma Fatima Bawa Ibunya Beli Telefon

Video penuh dengan komen mencuitkan dari netizen. Tak percaya cuba tengok

Selebriti Wed, 22 Nov 2023