Hiburan By: SGMS Faida September 11, 2019 @ 2:37pm

‘Rumah Siti Khadijah’ Angkat Kisah Wanita Dianiaya Lelaki Durjana!

Setiap insan yang melakukan kesilapan wajar diberikan peluang untuk pulang ke pangkal jalan dan memperbaiki kesilapannya apatah lagi remaja perempuan yang masih mentah untuk mengharungi cabaran dunia. Terbaharu di slot Samarinda, Rumah Siti Khadijah yang akan menyusuli Hilang Yang Kembali mulai hari ini menampilkan kelainan dengan paparan 13 kisah tentang isu-isu remaja di rumah perlindungan wanita. 

Drama ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda. Sepanjang 13 episod bersiaran, Rumah Siti Khadijah mengangkat 13 kisah berlainan mengenai penghuni-penghuninya. Drama arahan Heykal Hanifah ini membariskan pelakon Farahdhiya, Faezah Elai, Nina Iskandar, Intan Ladyana sebagai tenaga pengajar dan turut dibantu oleh Khairisya, Rina Diana, Erynne Erynna,  Khaireena, Fara Nadiah, Hana Aqeela, Azhan Rani, Hariesa DFKL dan ramai lagi. 

Rumah Siti Khadijah adalah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan. Setiap penghuni mempunyai masalah dan konflik kehidupan yang berbeza sehingga mereka diberi perlindungan di Rumah Siti Khadijah. Rumah Siti Khadijah diwarisi oleh Sakinah (Farahdhiya) yang merupakan anak angkat kepada seorang hartawan, Datin Siti Khadijah. Setiap warden di rumah Siti Khadijah iaitu Amira (Faezah Elai), Zara (Intan Ladyana) dan Fika (Nina Iskandar) mempunyai kisah silam tersendiri dan mereka berusaha untuk melindungi gadis-gadis ini. 

Amira telah dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan seorang ustaz yang mengamalkan ajaran sesat di mana dia akan dijadikan isteri yang kelima. Zara pula menghadapi masalah keluarga apabila kedua-dua ibu bapanya sering bergaduh. Zara melarikan diri dari rumah dan terlanjur. Manakala Fika pula telah diperkosa oleh pakcik yang memeliharanya setelah kematian ibu bapanya. 

Antara kisah-kisah yang bakal diceritakan dalam Rumah Siti Khadijah ialah sumbang mahram, tokan dadah, pil khayal, ‘call girl’, ragut yang diharapkan dapat menjadi teladan. Episod ‘Sumbang Mahram’ mengisahkan tentang Dura yang berusia 15 tahun menjadi mangsa kerakusan datuknya sendiri. Abangnya, Lukman sering bekerja di luar daerah kerana dia bertanggungjawab menyara keluarga. Lama-kelamaan, Lukman nampak perubahan sikap Dura yang seolah-olah dalam ketakutan dan menjadi pendiam. Di hadapan Lukman, datuknya berpura-pura menjadi seorang yang penyayang.  Lukman tidak sangka datuk mereka sanggup melakukan kerja yang terkutuk itu.

Kisah ‘Pil Khayal’ menceritakan hidup Mel, seorang anak tunggal yang dibesarkan dalam keluarga berada. Kesibukan ibu bapanya yang kerap ke luar negara sering meninggalkan Mel dengan pembantu rumahnya, Kak Ecah. Segala kemahuannya dituruti. Mel mula terjebak dengan pengambilan pil khayal. Setiap kali ibu bapanya ke luar negara, Mel akan keluar berhibur dengan kawan-kawannya dan balik ke rumah dalam keadaan mabuk dan berkhayal. 

Manakala episod ‘Lari Rumah’ tentang Adira yang dibesarkan dalam keluarga yang baik dan sempurna. Namun di sebalik tanggungjawab terhadap keluarga, Adira rasa terbeban hidupnya dan tidak dapat bergaul dengan kawan-kawan lain. Perlakuan Adira mula berubah setelah berkenalan dengan Rizal melalui media sosial. Kemudian, orang tuanya dikejutkan dengan berita kehilangan anak mereka apabila Adira tidak pulang dari sekolah. Adira yang tertekan dan rasa terikat dengan tanggungjawab di rumah, tidak mahu pulang walaupun telah dijumpai oleh orang kampung dan orang tuanya. 

Episode ‘Call Girl’ mengisahkan tentang Fatin seorang gadis peramah yang datang meminta kerja di butik pakaian milik Sakinah. Sakinah memuji sifat Fatin yang pandai memikat hati pelanggannya.

Fatin hidup bersama adik dan ayahnya, Marzuki setelah ibu bapanya bercerai. Marzuki seorang kaki perempuan sering mendera Fatin dan adiknya jika tidak mendapat wang. Lama-kelamaan, Sakinah sedar perubahan sikap Fatin. Satu hari, Sakinah terserempak dan melihat sisi hidup Fatin yang membuat kerja sampingan sebagai ‘Call Girl’. Sakinah mula  mengekorinya dan cuba membantu Fatin agar berubah dan kembali ke pangkal jalan. 

Kaki drama yang mahukan drama penuh pengajaran jangan lupa tonton Rumah Siti Khadijah di slot Samarinda nanti ya. Untuk informasi terkini dan menarik mengenai drama Rumah Siti Khadijah jangan lupa ikuti laman sosial Facebook, Instagram, YouTube Dramasangat, Youtube TV3 Malaysia dan Twitter @TV3Malaysia dan juga @Dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Rehat Mengacara Sepanjang Ramadan, Jihan Muse Fokus Berniaga Pes

Buat pertama kali, Jihan akan membuka booth di Select Fest di Singapura pada 17-19 Mei ini!

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Elak Kontroversi, Along Ezyendy Selesa Jadi Tenaga Pengajar

Setakat ini, syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya mengajar tiga kali seminggu.

Events Tue, 8 Jan 2019

#cnysohappy Tik Tok挑战!一起跳手势舞赢奖品

呼叫Tik Tok达人们~ 赶快参与「#cnysohappy Tik Tok挑战」赢取丰富奖品,且还有机会出现在八度空间脸书哟!

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

许冠杰与谭咏麟世纪合体! 12月唱进大马

今年年底将迎来全球乐坛盛事,香港两大歌神许冠杰与谭咏麟合体展开巡演,宣布将在今年12月22日来马开唱!

Hiburan Thu, 1 Mar 2018

5th Anniversary Tanpa Suami, Hati Intan Sudah Mati

Bukan itu sahaja, kalau dilihat menerusi laman instagram Intan, beliau juga turut memuat naik beberapa quote yang mungkin menggambarkan perasaannya berhubung kes perceraiannya bersama Ude semalam. 

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

INIKAH ANAK IKAN DATO SRI VIDA?

Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, merupakan Pentadbir Laman Sosial Pengasas Kosmetik Vida Beauty mengakui, dia tidak menolak sekiranya di takdirkan berkahwin dengan jutawan kosmetik tersebut.