Hiburan By: SGMS Faida December 19, 2018 @ 2:34pm

Sabyan Gambus Gegar Stadium Malawati 12 Januari Depan

Kumpulan nasyid terkenal dari Indonesia, Sabyan Gambus bakal mengadakan konsert sulung di Stadium Malawati Shah Alam pada 12 Januari ini.

Kumpulan yang terdiri daripada enam anak muda Nissa, Ayus, Wawan, Kamal, Tebe dan Anisa menjanjikan persembahan terbaik dengan menyampaikan 10 buah lagu pada hari berkenaan.

“ Konsert ini merupakan kemunculan sulung kami di Malaysia di mana hampir tiga jam, pihak penganjur menjemput UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sebagai artis pembukaan.

“ Sebelum ini kami hanya membuat persembahan di konsert persembahan skala sederhana, bukan berskala besar. Kami berharap konsert ini nanti mampu beri kepuasan kepada penonton,” kata penganjur dari MHH Laguna Sdn Bhd, Muhammad Hariz Bin Harun.

Untuk peminat Sabyan Gambus di Malaysia, anda boleh membeli tiket awal dengan harga diskaun RM 100 bagi setiap kategori dan berpeluang memenangi cabutan bertuah Iphone XS. Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my/konsertsabyan2019.

Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 dibawakan oleh MHH Laguna Sdn Bhd. Harga tiket bermula dari RM 99 sehingga RM 999. Jom dapatkan sekarang! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

Sufian Suhaimi Dah Bersedia Ke?

Penyanyi Sufian Suhami yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Mac ini, bersama pelakon Elfira Loy, masih lagi menjadi tanda tanya kerana mereka masih tidak mempunyai tarikh dan masing-masing pula sibuk dengan urusan kerjaya. […]

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Lepak Bersama Syed Saddiq, Ramai Puji ‘Circle’ Azfar Heri ‘Next Level’ – “First Time Dengar Dia Cakap Kau & Aku”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pempengaruh Azfar Heri di laman TikTok yang memaparkan momen lepak bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menerusi hantaran tersebut, Azfar […]

Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

‘Bagi Saya Dia Tak Tua’, Shima Anuar Balas Soalan Netizen Tentang Suami

Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya zuriat.

Hiburan Mon, 28 May 2018

Sindir Syed Saddiq, Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar Tegas!

Bagi Amani, beliau sendiri tidak faham kenapa Dira cuba mencetuskan kekecohan di laman sosila tersebut.

Featured Fri, 17 Mar 2023
Contest Wed, 16 May 2018

#xtra好康头 | 送你《娱协30》颁奖典礼入门票

[xtra好康头] 配合《娱协30》颁奖典礼将于2018年5月26日(星期六),晚上7时,在Sunway Pyramid Convention Center举行,xtra将送你入门票,赴一场属于本地的中文音乐盛宴。