Hiburan By: SGMS Faida April 22, 2019 @ 5:14pm

‘ Saya Akan Bincang Dengan Pihak Bekas Isteri’- PU Abu Minta Maaf

Kecoh di media sosial apabila Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, atau PU Abu hari menceraikan isterinya, Ain Afini menerusi Whatsapp, baru-baru ini.

Walaubagaimanpun, menerusi Instagramnya hari ini, dia memohon maaf atas tindakan menceraikan Ain Afini yang sedang sarat mengandung untuk berkahwin dengan seorang janda.

“Saya, PU Abu @ Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri saya ketika mengandung dan saya amat menyesal atas keterlanjuran yang saya lakukan.

” Saya meminta maaf kepada bekas isteri saya @ainafini dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka,” tulisnya.

Abu juga berharap supaya dirinya menerima balasan setimpal atas tindakannya.

” Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Abu juga meminta netizen berhenti menulis kecaman kepada mereka yang tidak berkenaan dan dia juga akan berbincang dengan bekas isteri berhubung tindakannya itu.

” Saya harap netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terbabit secara langsung atau pun tidak langsung. Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri saya untuk hal yang selanjutnya. Doakan semuanya dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan cara baik,” katanya.

Bagaimanapun, Abu bertindak memadam status berkenaan beberapa jam selepas ia dimuat naik.

Terdahulu, dalam perkongsian menerusi Instagram Ain yang kini hamil tujuh bulan, talak itu dilafazkan Abu menerusi WhatsApp pada 13 Mac lalu kerana Ain tidak bersetuju dengan permintaan Abu untuk berpoligami.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Feb 2023
Featured Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

Fazura Bakal Berduet Dengan Shane Westlife

Fazura bakal bertemu Shane pada Konsert Elmina Lakeside, 19 Januari.

Hiburan Thu, 5 Mar 2020

Dah Muak Dengan Maklumat Palsu Para Kepoci, Dr. Amalina Buat Website Baru Untuk Anda Semua

Dr. Amalina berdedikasi untuk menyampaikan maklumat sahih kepada semua melalui website terbaharunya.

Hiburan Thu, 22 Nov 2018
Events Thu, 12 Jul 2018

Tuah Anak Yatim Berkunjung Ke Sunway Lagoon!

Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang berpeluang untuk menikmati keseronokan yang mereka tidak pernah rasai dengan anjuran dari pihak Sunway Lagoon…

Hiburan Fri, 6 Aug 2021

Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Namun begitu, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Kesetiaan itu masih belum sedarkan diri lagi. Berita ini disampaikan oleh pengurus Sarah, Nana Mohamad […]