Hiburan By: Del14 December 5, 2019 @ 10:00pm

“Saya Masih Belum Dapat…” – Azrel Ismail

“Semua watak yang saya teringin bawa, saya dah dapat tapi yang saya betul-betul teringin ialah untuk berlakon teater, yang tu belum dapat lagi,” luah pelakon Azrel Ismail kepada Xtra ketika ditemui di program Melodi Salute! baru-baru ini. 

Pelakon yang berasal dari Taiping, Perak ini turut meluahkan rasa terkilan kerana pernah mendapat tawaran teater dari pengarah dan perlakon terkenal, Erma Fatima tetapi terpaksa menolak kerana sudah terikat dengan komitmen lain. 

Tambah Azrel, dia tidak memilih watak, walau watak sampingan sekali pun dia sanggup untuk mencuba asalkan bakatnya dalam bidang teater boleh ditonjolkan. 

Azrel yang juga dikatakan mirip dengan pelakon Remy Ishak, berharap untuk memenangi  apa-apa anugerah pada 2020 nanti, sempena tahun kelima dia aktif dalam bidang lakonan.

“Memandangkan tahun depan akan jadi tahun kelima saya berada di dalam industri ini dan saya masih belum menerima apa-apa anugerah…saya berharap bakat saya diiktiraf dan saya mampu menggenggam sekurang-kurangnya satu anugerah tahun depan.

“Saya juga merancang untuk cuba menceburkan diri dalam bidang perniagaan tapi belum kenal pasti jenis perniagaan apakah yang saya ingin ceburi…mungkin perniagaan berasaskan ‘grooming‘?” kata Azrel.  

Pernah digandingkan dengan pelakon, Ruhainies menerusi drama Menantu Ting Tong suatu ketika dahulu sehingga mereka digosipkan mempunyai hubungan cinta, Azrel berkata dia belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan. 

“Saya belum terfikir pasal kahwin. Saya beri masa lagi setahun untuk saya tamatkan zaman bujang.  Calon pun belum ada lagi, tetapi yang tentu, saya akan cari sendiri. 

“Sama ada dia dari industri yang sama atau bukan orang seni, itu saya serahkan pada jodoh. Saya tak memilih,” katanya. 

Saksikan drama rantaian Mama Papa Ekspress lakonan Azrel Ismail yang sedang bersiaran sejak 24 November lalu, setiap Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang, di slot Dahlia, TV3.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Lazada To Sell G-Dragon Limited Edition Merchandise!

G-Dragon has started his mandatory military service this week but he has prepared a special present for all of his fans!

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Doa Yang Terbaik Untuk Kakak’- Neelofa Enggan Komen Panjang

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat Nabila & Sharnaaz Ahmad…

Featured Fri, 5 May 2023

“Ridzuan Hashim Rahsia Derita Sakit Jantung, Tak Mahu Hilang Job” – Didie Alias

Allahu Akbar! Moga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh!

Selebriti Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Tue, 28 Mar 2023