Hiburan By: SGMS Faida March 12, 2019 @ 10:06am

‘Saya Tak Kisah’- Adilla Idris Jawab Komen Netizen

Penyanyi terkenal era 90 an, Adilla Idris mengakui tidak kisah dengan komen netizen yang mengatakan anaknya, Prince Affa menggunakan namanya sebagai ‘tiket’ untuk dikenali.

Kata Adilla yang kini muncul dengan single Di Mana Dia memberitahu sebagai ibu sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu dari setiap aspek.

“ Sebagai orang lama dalam industri, sudah tentu saya lebih banyak pengalaman berbanding Affa yang terlalu baharu dalam bidang ini.

“ Sebagai ibu, sudah tentu saya akan bantu anak sendiri. Dia minat menyanyi dan saya menyokong minatnya. Saya tak kisah mengenai cakap-cakap netizen yang berkata ‘ala, senanglah nak naik, mak dia penyanyi,” katanya kepada XTRA.

Terdahulu, anak kepada Adilla, Prince Affa melancarkan single bertajuk Lafazkan Cinta pada 30 Januari lalu.

Tambah Adilla, dia percaya dengan kekuatan vokal anaknya yang dilihat mampu menempatkan diri di dalam bidang seni.

“ Affa masih bersekolah dan saya perlu atur jadualnya dengan baik. Jadual persembahan atau undangan ke radio akan bermula pada hari Jumaat hingga Ahad.

“ Affa perlu fokus dengan pelajaran memandangkan tahun ini dia bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sesibuk mana sekalipun, pelajaran tidak boleh diabaikan,” katanya.

Untuk rekod, single pertama nyanyian Affa, Lafazkan Cinta merupakan ciptaan bapa saudaranya, Jaafar Idris atau Jari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Jul 2022
Featured Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Sat, 19 Oct 2019

‘Janganlah Cepat ‘Melantun’ Kalau…- Scha Al-Yahya

Pesan Scha, ‘Jangan ikut perasaan’

Selebriti Thu, 30 Nov 2023
LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

Bila Anak Meragam Takut Ke Sekolah, Apa Perlu Kamu Buat?

Bila anak menangis depan pintu pagar tadika, jangan buntu ya puan-puan…ada caranya tau!

Hiburan Wed, 3 Apr 2024

“Pengorbanan Itu Berkait Rapat Dengan Hidup Saya…” – Puteri Balqis

“Saya sanggup untuk buat apa sahaja demi keluarga” – Puteri Balqis

Hiburan Tue, 17 May 2022

Hubungan Anak Direstui, Nourul Depp & Maria Farida Bakal Berbesan

Anak bercinta dan hubungan direstui, Nourul dan Maria bakal berbesan.