Hiburan By: SGMS Faida October 6, 2018 @ 1:00pm

Sejarah Baharu Tercipta, ABPBH 31 Terima 24 Juta Undian

Pengerusi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 31, Shamshul Azree Samshir memaklumkan acara kali ini merekodkan jumlah undian lebih 24 juta dalam tempoh sebulan mulai 25 Ogos lalu.

Menurut beliau, ini merupakan sejarah baharu bagi acara anugerah berprestij ini yang sudah lebih tiga dekad dianjurkan.

” Kita teruja mengumumkan jumlah undian diterima sepanjang tempoh sebulan proses undian ABPBH 31 berlangsung adalah lebih 24 juta merangkumi undian percuma dan boost, iaitu langganan akhbar digital BH sempena kempen edisi terbaru ABPBH.

” Ini adalah peningkatan berganda berbanding 1.5 juta undian yang diterima pada penganjuran ABPBH 3.0, tahun lalu.

” Kadar undian tertinggi ini membuktikan capaian ABPBH 31 secara digital kali ini adalah padu dan menepati sasaran. Ternyata, peralihan daripada proses undian melalui akhbar kepada digital, memberi impak memberangsangkan sesuai dengan perubahan dunia dan gaya hidup,” katanya kepada BH Online.

Statistik diperoleh daripada Media Prima Digital (MPD) iaitu pengendali laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my, menunjukkan sebanyak 24,271,342 undi diterima mulai 25 Ogos hingga 25 September lalu.

Selain itu, laman web berkenaan mencatatkan jumlah halaman dilihat (page views) sebanyak 7.2 juta setakat ini.

Mengenai artis yang bakal membuat persembahan, Shamshul Azree berkata, pentas ABPBH 31 bertemakan Infiniti akan ‘dipanaskan’ barisan 18 penyanyi dan band terkenal yang membawakan lagu merentasi genre.

” Latihan intensif di studio disusuli lokasi acara giat dijalankan. Paling istimewa, segmen tribute kepada tokoh seni yang bakal menerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pasti menggamit memori peminat,” katanya.

Antara penyanyi yang akan membuat persembahan adalah Datuk Jeffrydin, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Misha Omar dan Amy Mastura. Tidak ketinggalan, penyanyi Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Nabila Razali dan Ben Ladin.- BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Misteri Kematian Sridevi!

Berikutan hasil penyiasatan terbaharu itu, polis Dubai memanggil suami Sridevi, Boney Kapoor untuk siasatan lanjut tetapi dibenarkan pulang sebaik soal siasat selesai.

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Featured Wed, 20 Jul 2022

Siti Nuramira Tidak Didakwa Di Mahkamah Syariah, Dibebaskan Serta Merta Dengan Jaminan JAWI

Difahamkan pendakwaan tidak diteruskan kerana pendakwaan dan hukuman ke atas Siti Nuramira di mahkamah sivil lebih berat daripada di mahkamah syariah.

Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

“ Abah kena kuat…saya tak puas berbakti pada abah…Syukri banyak dosa dengan abah,” tulisnya.

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

张智成认「我本来就难搞」不怕被贴标签

睽违两年,张智成将推出专辑「你是不是张智成」,首支新曲《我本来就难搞》全球大首播!

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Joked About Being Single, Neelofa Caught On Camera Glaring At Nabil

Maybe the joke was a bit too sensitive for her?