Hiburan By: SGMS Faida December 15, 2018 @ 8:18pm

Sering Mengembara Sendiri, Abil Kongsi Tips Peribadi

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon Nabila Huda di Instagram pasti tahu mengenai hobinya yang suka bercuti.

Sering dipuji oleh netizen kerana keberanian melawat negara asing seorang diri, Nabila Huda atau mesra dipanggil Abil ini berdepan dengan pengalaman sukar, baru-baru ini.

“ Umum tahu, saya seorang yang suka mengembara dan tidak kisah bercuti seorang diri.

“ Sebelum ke Eropah baru-baru ini, saya ada ke melalui beberapa buah lokasi di Asia Tenggara. Entah kenapa saya rasa tak seronok di sana. Macam ada orang ikut saya pun ada,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem M4M4, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman buruk ketika berada di bandar Vietnam, pelakon filem M4M4 ini menyifatkan tempat itu seolah tidak selamat untuk berjalan seorang diri.

“ Ada insiden di mana saya diminta untuk membayar kepada seorang lelaki atas alasan sudah membantu ketika itu. Bukan sekali dua saya dipaksa memberi wang.

“ Kalau sekali dua boleh layan, tetapi berkali-kali. Nipis duit saya dibuatnya,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Abil turut berkongsi tips buat wanita yang minat mengembara ke luar negara seorang diri.

“ Bagi saya, tak salah untuk friendly tetapi jangan over. Bimbang nanti disalah anggap pula. Tetapi jangan sombong di tempat orang pula. Sentiasa berpada-pada dan sederhana dalam semua perkara. Kalau boleh buat muka orang ‘lokal’,” akhirinya ketawa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

Sherry Ibrahim Jawab Isu Pereka Pelamin FattZura

pelakon ini memuat naik kata-kata diinstagram beliau memberitahu bahawa, walaupun tiada sebarang bukti yang boleh mengesahkan insiden penggodaman akaun perancang perkahwinan terkenal itu beliau enggan memanjangkan lagi isu tersebut.

TECH Mon, 5 Nov 2018

5 Cara Pulih Sambungan WiFi Bermasalah Pada PC

Berikut antara beberapa kaedah yang boleh anda cuba untuk mengembalikannya fungsi Sambungan WiFi Pada PC anda.

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Jua Selepas…

Kenapa Tok Ti sebak tiba-tiba?

Events Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

24 Tahun Di Amerika Syarikat, Datuk Shake Masih Fasih Bahasa Melayu

“Saya anak Johor, mana mungkin saya lupa bahasa ibunda” – Datuk Shake