“Saya pernah berdepan situasi penggambaran dihentikan sebab pengarah bergaduh dengan ‘girlfriend’,” dedah pelakon Sharifah Amani dalam program talkshow Actors to Actors di Youtube, hari ini.
“Bukan itu saja, masa saya berlakon dalam sebuah drama, pengarah ada dua monitor di depan. Satu untuk tengok babak lakonan, satu lagi untuk bermain video game,” katanya.
Katanya, dari situ dia boleh nampak ada penggiat seni memang tidak serius dengan kerjaya mereka.
Dia turut berkongsi pengalaman bekerja dengan pengarah idolanya, Allahyarham Yasmin Ahmad.
“Kalau dengan arwah, para pelakon dan kru akan menjalani latihan sebelum ‘shoot’.
“Setiap ‘departmen’ dalam sebuah produksi filem ada fungsi tersendiri dan pelakon sepatutnya tidak perlu fikir apa baju nak pakai untuk watak mereka,” katanya.
Situasi itu berbeza apabila dia mula menerima tawaran berlakon drama TV apabila pelakon pula perlu menggunakan duit bayaran berlakon untuk membeli pakaian dan keperluan watak mereka.
Oleh: Guy Masaki