Hiburan By: Salma Syahbuddin March 9, 2018 @ 8:39am

Siapa “A” Cinta Hati Zulin Aziz?

Hajat pelakon dan pengacara berbakat besar, Zulin Aziz untuk mengambil anak angkat telahpun termakbul apabila mengambil keputusan untuk memilih mengasuh anak teman baiknya sendiri. Zulin turut mengakui bahawa dia juga telah mendapat persetujuan daripada rakan baiknya itu memandangkan beliau juga masih single.

“Amanda adalah anak kepada teman baik yang bekerja dengan saya. Selepas mendapat persetujuan daripada ibu bapa Amanda, saya terpanggil untuk menjaga dirinya seperti anak sendiri. Bukan apa, disebabkan ibu bapa Amanda sibuk bekerja, saya bantu mereka dengan mengurus makan dan minum serta persekolahan Amanda. Lagipun, saya masih bujang dan tinggal sendirian, sedikit sebanyak, kehadiran Amanda dapat menyerikan kehidupan saya.” Katanya.

Tambahnya lagi, beliau memang rapat dengan Amanda dan kehadiran Amanda juga sedikit sebanyak dapat mematangkan dirinya. Beliau juga turut menjelaskan bahawa beliau tidak terniat langsung merampasnya dari ibu bapa kandung beliau.

“Malah saya yang beri nama Amanda kepada ibu bapanya. Saya dan Amanda cukup rapat, cuma peranan saya hanya untuk membantu menjaga dia, itu sahaja. Dan, pada usia yang muda Amanda berdikari dan mampu menguruskan dirinya sendiri. Ini menjadikan semuanya lebih mudah. Dia pun sudah besar dan faham apa yang berlaku disekeliling.” Jelasnya.

Wah! bagus betul Zulin kan? Diharap semoga rezeki Zulin Aziz makin bertambah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

One FM「Crazy Rich One」送轿车又送现金奖

One FM在今年迎来十周年,为了感谢听众朋友这十年来的陪伴,One FM承诺将继续为听众带来更多的惊喜与欢乐!

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Ahli Keluarga Raikan Hari Jadi Micheal Jackson Ke 60

Dalam masa sama, anak dan anggota keluarga Raja Pop dunia itu turut melancarkan acara lelongan dan menerima pingat pada majlis mengingati mendiang.

Featured Thu, 9 Dec 2021
Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Jom Kenal Dengan Penyanyi ‘Hirisan Kaca’, Siapa Sebenarnya Syafiq Rosman?

Single Hirisan Kaca boleh didengari di seluruh platform muzik digital bermula hari ini.

Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Bapa Terlantar Bukan Alasan Fimie Don Menghilang Dalam Industri – “Saya Perlu Profesional…”

Kagum betul dengan Fimie! Tetap jaga ayah walau sibuk kerja😭✨ Semoga ayah cepat sembuh Aamin🤲🏻

Featured Tue, 20 Sep 2022