Trending By: SGMS Faida April 18, 2018 @ 10:01am

‘Status Itu Disalah Erti’, Pengulas Fesyen Jawab Kecaman

Berikutan kenyataan seorang penggiat industri fesyen terkenal berhubung isu badan besar, rata- rata netizen masih belum cool down dan kekal menjadi bualan hangat di media sosial!

Pelbagai spekulasi netizen terhadap kenyataan yang dibuat pengkritik fesyen tersebut sehingga menjadi trending #60kg di media sosial.

Zaihani Zain yang merupakan pengulas fesyen terkenal akhirnya membuka mulut dan menjawab segala kecaman terhadap kenyataan tersebut yang menyifatkan netizen salah erti dalam mentaksir status di Facebook miliknya itu.

Netizen salah taksir

Status ini dimuat naik pada laman Facebook miliknya sendiri tempoh hari. Ianya menyifatkan individu melebihi berat 60 kg tidak digalak untuk masuk menyaksikan peragaan. Hal ini kerana paha yang besar dapat menganggu keselesaan individu lain semasa duduk.

No body shaming!

Pengkritik fesyen ini menggulaskan status Facebook itu adalah sekadar keluhan pengalaman yang dialaminya sehingga mengundang ketidakselesaan semasa menyaksikan peragaan.

Saya tidak menujukan status tersebut kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak. Apatah lagi untuk mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. No body shaming!

 Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya, status itu disalah ertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dia memberitahu berat badan 60 kg itu ditujukan secara anggaran jisim badan lelaki yang duduk bersebelahan dengannya pada acara tersebut.

Jadi, 60 kilogram itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kilogram. Lelaki itu duduk terkangkang hingga mengganggu ruang duduk saya, jadi saya rasa kurang selesa.

Tidak sangka viral

Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai, jadi saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.

Dia juga tidak teragak-agak menegur sekiranya individu tersebut adalah rakannya. Malah, situasi demikian sering kali berlaku setiap kali menghadiri acara besar seperti pertunjukan fesyen.

Sumber: Oh Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Nov 2021

Episod Pertama Lagu Cinta Kita 3 Raih 3 Juta Penonton!

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK 3) telah membuka tirai dengan episod pertama pada 31 Oktober lalu dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton (sumber: Nielsen). Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 […]

Trending Tue, 23 Jun 2020
Trending Tue, 1 Dec 2020
Featured Tue, 10 May 2022
Featured Mon, 1 Mar 2021

Lanjutan PKP 2.0 Bakal Diketahui Pada Hari…

PKP dilanjutkan atau tidak?

Featured Sat, 10 Sep 2022

Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? – “Ada Masalah Keluarga, Canang Sahaja Kepada Umum”

Ada yang patut dicanang dan ada yang tak patut! Jaga hal sendiri lebih baik 😬

Featured Mon, 27 Mar 2023

Bella Dally Minta Jangan Tanya Soal Anak – “Kadang-Kadang Ia Stress Sebab…”

Hmm kadang-kadang kita kena sensitif dalam beberapa hal…

Trending Sun, 30 Jun 2019

Dijangkiti HIV Selepas Jalani Rawatan Spa ‘Vampire Facial

Rawatan Vampire secara klinikal dirujuk sebagai terapi plasma yang kaya platelet