Hiburan By: SGMS Faida July 16, 2018 @ 6:42am

Sweet! Maya Matahari Mengaku Dah Berpunya

Manisnya berhijab! Penyanyi popular dengan lagu Matahari ini mengambil keputusan berhijab pada awal Ramadan lalu. Alhamdulillah…

Dalam pada itu, ada aura-ura mengatakan bahawa keputusan Maya Matahari berhijab berkait dengan perkahwinan tak lama lagi.

Maya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Haiza di Sungai Besi mengaku dia kini sedang dalam proses mengenal hati budi kekasihnya.

“ Bertudung bukan sebab nak berkahwin. Hasrat untuk bertudung sebenarnya dah lama cuma saya realisasikan pada Ramadan lalu. Alhamdulillah, Allah buka hati saya untuk menutup aurat lebih sempurna,” katanya.

Pelantun lagu Diari Biru ini juga memohon agar semua peminat mendoakan agar jodohnya kali ini lebih baik dan kekal selamanya.

“Saya minta orang doakan jodoh yang baik buat saya. Dia orang biasa sahaja dan kami masih dalam proses mengenal dati budi masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Matahari itu bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Perlu Ada Setia ciptaan Tam Spider manakala lirik ditulis oleh Imran Imran. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Ini Gambar Kahwin Choi Ji Woo, Pelakon Winter Sonata!

Berita gembira mengenai perkahwinannya itu juga telah disahkan oleh pihak YG Entertainment menerusi satu kenyataan media yang turut disertakan gambar perkahwinan pelakon popular ini

Contest Sun, 1 Sep 2019

Korang Nak Tahu Siapa Pemenang #ICSYVMY #SuaraSiapaTu?

Jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri nama pemenang bagi episod 11 ICSYVMY

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Altimet Lega Aplikasi Recite Kini Terima 57,000 Pengguna, Alhamdulillah!

Besar harapan saya untuk membangunkan aplikasi agar lebih maju di masa hadapan. Jika berjaya dan pulangannya besar, saya berniat untuk bawa sekampung mengerjakan Umrah

Featured Wed, 21 Dec 2022
Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Douglas Lim Mahu Ulang Fenomena Spanar Jaya

Jom kita support Spanar Jaya X yang bakal ditayangkan bermula 2 Februari jam 11 malam di TV3.

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023